HHP 8 : Membongkar Rahsia

Ray FL
0
Puteri Sanggol Terbalik mundar mandir di sekeliling biliknya. Ke kanan, ke kiri, ke depan, ke belakang, ke atas siling kamar diraja, ke bawah katil pon dia menyelam demi menemukan jawaban dan jalan bagi memecah semua kemusykilan yang bersarang dalam diri. Otak baginda tak henti-henti berfikir tentang semua senario yang berlaku di segenap penjuru hidupnya, terutama tentang Paku Tekan. Khazi cuma memerhati, dia tahu kepala otak si Puteri tu serabut, bersimpol, berselirat urat dengan masalah. Masalah kawin, masalah mak abah, masalah nak lari, masalah cinta... hmm, cinta? Cinta dengan antu paku.

“Ha,ha... dia bukan tau,” Khazi mengejek dalam hati.
Ye, betul, cinta dua alam yang sang puteri tak tau menahu.

“Mengapa... mengapa???” Kata beliau sambil membuka sanggolnya, maka terurailah dengan begitu  lembut rambut blonde beliau, jatuh cantik ke atas bahunya yang seksi. Hmm, lawa, no hay dudas.
“Dah enam malam berdating, tiap tu la dia lesap bila pukul dua. Mengapa? Ni mesti ada hal, mesti ada rahsia. Mesti punya. Kalau tak, apsal jadi camtu? Betol tak Khazi, tuduhan beta ni? Betol, tak? Tuan hamba rapat dengan dia, mesti tuan hamba tau. Tuan hamba mesti banyak simpan rahsia si Paku Tekan tu. Cuba story sikit kat beta. Musykil la, curious. Huh...” Beliau membenamkan bontot seksi beliau ke atas tilam sambil tangan kidalnya memintal-mintal hujung rambut.

“Krekkk...kreekkk...” Kata Khazi perlahan, tak tau apa patut dia jawab. Takkan nak bongkar rahsia sahabat baik pulak. Jadi dia memilih untuk berkrekkk krekkk sahaja, lebih baik dari merumitkan keadaan dan melarikan diri dari dihujani pertanyaan-pertanyaan dari sang puteri.
“Tak payah tuan hamba ter krekkk, krekk, sini, tulis kat sini, ingat beta paham krekkk, krekkk tuan hamba tu, huh!” Nampaknya hangin Puteri Sanggol Terbalik tak berapa baik pada hari itu.
“Tuanku mesti period ni, kan? Kalau tak, tuanku biasanya relax je, cool je kalau hari-hari biasa takde period.” Tulis Khazi seperti mana yang diarahkan oleh si Puteri.
“Hmm... memang pandai je tuan hamba. Kalau dah tau, jangan pissed me off. Beta nak kan jawaban. Mengapa dia tu asal pukul dua je dia kena balik, tak pernah la merasa dating sampai subuh, ‘pedap’ la beta!!! Dia ada bini ke yang dia sibuk sangat nak kena balik kul dua pagi? Ni mesti bini dia pompuan kilang mana ntah, tak pon ntah-ntah GRO kalabulmalami ke apa, abih keje kul dua pagi, betol, Khazi??? Beta mesti korek rahsia ni. Tak boleh jadi, beta syok-syok kat dia, jangan-jangan dia dah berbini. Huh, lelaki memang tak leh caya, nampak je lembut, gentelman, romantik kemain tapi dalam diam dia buat kira.”

Dalam pada rasa sedikit annoyed mendengar komplen yang dibuat si puteri, sang katak air rasa nak ketawa besar pon ada bila spekulasi yang dibuat anak tunggal raja tu, memang langsong tak kena pada tempatnya, walaupon ada logik cuma logik itu tak boleh diguna pakai dalam kes si antu paku. Kesian rasa di hati Khazi bila mengenangkan muka sahabatnya yang  tak bersalah, malah tekun berusaha memikirkan jalan untuk menyelamatkan si kekasih hati. Tapi sayang, baginda tak tau semua konflik yang dihadapi Paku Tekan. Mana nak piki hal gigi, hal abah dia, hal adik dia, hal nak tukar jadi manusia la apa, semua tu semata-mata kerana cinta dia untuk baginda. Puteri Sanggol Terbalik mana tau betapa demi kerana baginda, Paku Tekan sanggup menahan diri dari makan kangkung sungai dan pucuk paku semata-mata nak dating dengan baginda. Sanggop antu tu telan ikan bilis je masa dinner, sebab kena berpantang dua jam sebelum beraksi. Terasa kurang adil bagi Khazi, walaubagaimanapon, si katak air faham, bukan salah baginda bila gangguan-gangguan emosi timbul berikutan stimulasi minda yang aktif.

“Kesian boss aku ni, tak tau apa cerita.” Dia mengkrekkk kan diri lagi. Puteri Sanggol Terbalik memberi jelingan tajam ke arah si katak air yang membalas dengan senyum simpol melihat muka si puteri yang mula kemerah-merahan menahan rasa geram disamping menahan senggugut akibat period yang telah memberikan kekacauan pada emosi baginda.
“Sabar, tuanku. Tak baik berburuk sangka. Kata orang, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga, jadi apa nak risau, kalau dia ada bini, lambat laun mengamuk la bini dia tu nanti bila dapat tau dia berscandal dengan puteri raja. Apa tuanku nak emo sangat, kalau tak de jodoh, tak de jugak. Kalau memang itu jodoh tuanku, itulah dia. Bukan itu ke jata diri  tuanku selama ni?” Khazi cuba memenangkan hati sang puteri yang tak berapa stabil dalam pertimbangannya akibat campur tangan senggugut bulanan.

“Ye, beta tau la katak air.... tapi segalanya berkemungkinan. Beta tak rela diri ini dipersendakan lagi. Dahla ayah bonda buat beta macam puppet on the string, Paku Tekan pulak asik menghilang. Gigolo ke apa dia tu? Dua jam hilang, dua jam hilang, apakah artinya semua ini??? Kes beta ni ntah bila nak selesai, ingat meeting dua jam sehari cukup untuk mencapai kata putus? Entah-entah dia tu saja nak amik kesempatan, saja nak suka-suka dengan beta, saja nak main-mainkan perasaan beta, bukan serius nak tolong. Mengapa beta yang dipilih untuk dihadapkan dengan persoalan- persoalan begini? Ahhhh susah betul jadi anak raja, memang susah jadi pompuan lawa cam beta ni!!!!”
“Hehehe...” Terkekeh-kekeh Khazi ketawa melayan kerenah si Puteri, memang dia dah biasa, senario tipikal tiap bulan.

“Malam ni ada majlis tari menari, dia janji nak datang. Beta memang nak tanya dia direct malam ni, pe masalah dia asik nak kena balik awal je. Beta tak nak nanti bila beta dah terlanjur mencintai dia terlalu jauh, naya, sia-sia belaka beta... beta tak nak jadi perampas laki orang. Beta bukan jenis pompuan macam tu. Beta ni bukan jenis pompuan yang tak pasti. Dah tu pulak, kalau dia dah berbini, mengapa dia bagi beta harapan? Kalau ye pon dah berbini takkan la dua jam je boleh keluar malam. Takkan tak leh bagi excuse ke apa kat bini dia tu. Takkan tak reti-reti nak auta? Cakapla keje overtime ke, ada mesyuarat exco ke... Dato'-dato’, Tan Sri- tan Sri, dif- dif kehormat semua biasa je buat keje tu sume, takkan dia, takat basuh kain tak leh? Heiiiii.... confuse, confuse. Nasib la sayang, kalau tak dah lama beta suroh askar-askar beta sumbat dia dalam penjara.”
“Hek, eleh.... emo overdose ni... lantak kau la puteri, ko nak cakap apa, ko cakap la. Nanti kau akan menyesal dengan tuduhan-tuduhan palsu ko tu.” Katak air berkrekkk lagi sebelum dia memusingkan badan lalu membenamkan muka ke dalam bakul kecil, tempat dia beradu.
“Ko merepek la sorang-sorang, layankan la estrogen kau tu. Aku nak tido.”
“Jantan, tak kira katak ke manusia ke, sama je perangai!!!” Bentak anak tunggal raja lalu dia turut membenamkan mukanya ke tilam dan sama-sama berdengkur dengan Khazi sampai ke petang.

Sementara itu di alam yang lain...

Paku Tekan memanggil Paku Payung ke biliknya, bila akihirnya si adik pulang ke rumah setelah beberapa hari lesap bersama si gadis iguana yang bernama Cleopatra, anak perempuan bongsu, Yang Berbahagia Dato’ Siamang Ghost, wakil rakyat dan wakil pos di mukim tempat mereka berkampong.

“Apahal, kalau hal utang tu, tangguhla dulu, aku tak de sen. Aritu tak balik rumah, aku bawak Cleo g honeymoon kat Pulau Dayang Mandul, banyak gak abih sewa chalet, makan-makan, minom-minom, yamseng-yamseng, karaoke semua. Bulan depanla ye... alah, aku bukan lari ke mana pon, ada je around here.”
“Huh! Ko kalau pasal membazir memang nombor satu. Judila, datingla... kan Cleo tu banyak duit, nape kau tak suruh dia je support? Sama-sama nak berlibur, tong-tong la.”
“Malula aku kak, suroh pompuan support...”
“Aik, abih ko tu bukan pompuan?”
“Pompuan, tapi yela... Cleo tu lebih feminin, lebih girly, lebih seperti tipikal wanita lemah yang lain, yang perlu dilindungi, jadi aku rasa cam bertanggongjawab lak nak support dia.”
“Huh, ntah mana punya etika la kau pakai. Kata tak nak cinta la apa, sekarang korang berdua dah hanyut. Apa cite? Kau memang nak mengukuhkan hubungan kau dengan si gadis iguana tu ke camne ni?”
“Aku tengah dalam proses menganalisa. Lagipon sebenarnya... aku tension abah nak kasi aku kawin, gile ke ape??? Aku tak nak, kak. Dengan Cleo aku ada bagitau hal ni, kau tau kak... nangis Siamang Ghost tu. Dia cakap, dia tak rela kehilangan aku, cintanya sampai ke Eutopia katanya. Sedih lak aku tengok... aku cakap, aku pon tak tau menau, tetiba abah nak kasi aku kawin.”
“Pasal tu la aku ajak ko datang bilik aku ni, nak bincang benda ni la. Ko tau, abah sebenarnya nak kawin dengan Puteri Sanggol Terbalik. Dia nak colek baginda, kau la jadi korban kena gantikan tempat puteri tu. Nanti dia akan sorok puteri kat dalam gua Bukit Kedondong. Bila hal dah reda, dia akan kawin dengan baginda.”
“Oh, God, really? This is ridiculous. I don't want to be the victim of his greediness. Something must be done before he proceeds his plan.”
“Yes, that is exactly the purpose I invited you for a talk. We need to do something before it’s too late for I cannot let the princess be the victim of my own daddy's voracity. Weißt du... ich... ich... eigentlich habe ich ein Geheimnis ... ich kann es nicht mehr ertragen, allein, nicht mehr und du... du bist meine Schwester, meine einzige Schwester...”
“Jap, jap.. melayu boleh, ni karang ada yang tak paham, nanti timbol kekeliruan, kesangsian dan fitnah pulak.”
“Oh, tut mir lied... aku terbawak-bawak sangat dah kejermanan ni, maklom la Germany vs France Jumaat ni ha, ada sikit debaran la... hahaha sebenarnya aku sokong Kolombia. Viva la cocaína. Hehehhe... pedulik apa aku kalau Deutschland ke laut di lambong Le France.”
“Aku tak minat bola, aku suka sukan golf, atau polo, Cleo pon suka golf, dengan polo, baru kelas... Anyway, apa rahsia  kau tu? Berat ke?”
“Sebenarnya, dik... aku ada masalah yang sangat sukar untuk difahami antu-antu apalagi manusia seperti Puteri Sanggol Terbalik. Kau pon sedia malkum, baginda tu punyala lawa, body seksi bergetah, bibir menghairahkan, hidung memukau sampai ke lubang-lubangnya sekali, mata redup bak Danau Toba, bontot lentik, dada perghhhhhhhhhhhhhhhh... macam-macam lagi la aset yang beliau ada, memang lengkapla, complete wholesome bak kata KFC. Memang marvellous sehingga menjilat buku lali.”
“Jadi, maksudmu, kau ada hati dengan baginda atas kejelitaan yang akan dimamah usia, yang akan tak kekal abadi tu?”
“Dah lima, enam minggu perasaan ini mengusik kewarasanku, wahai adik...”
“Adakah kau pasti tentang orientasi seksualmu? Bukan kau straight ke, macam nak rak bercinta dengan si Cheesy tu dulu? Heran aku, betol ke ko ni dara lagi?”
“I bet my life la, aku dara lagi... nak tengok ke?”
“Uwekkkkkkkkkkkkkkkkkkk... kalau Cleo rela aku tengok, ko tak yah la, terima kasih je. Pedulik hapa aku ko dara ke tak, tak yah nak buktikan , aku bukan nak jadi laki kau ke bini ko ke pon.”

Tanpa membuang masa, maka berceritalah Paku Tekan semua hal yang sebenarnya kepada Paku Payung, termasuklah bagaimana dia menukarkan diri menjadi manusia semata-mata untuk menyertai pertandingan merebut katak air dengan niat untuk memenangi wang tunai berjumlah 2000 pound sterling, demi memperbaiki gigi yang jongang, yang telah mengarahkan perjalanan hidupnya ke hati si puteri yang tak bahagia. Paku Tekan berjanji akan memperkenalkan adiknya dengan katak air dan juga Katika satu hari nanti bila masa betul-betul sesuai.

“Waaa, kemain berpantun-pantun kau dengan tuan puteri ye. Bloodyhell, you are one lucky asshole, sis. Kalau aku pon aku nak dia tu... tapi dapat Cleo pon jadila, cukup bersyukur dah aku, seksi gak, bergetah gak.” Komen Paku Payung setelah habis membaca semua surat-surat cinta kiriman ikhlas dari Puteri Sanggol Terbalik kepada kakaknya.
“Dah limablas malam berturut-turut kami berdating kat sungai nun. Malam ni ada majlis tari menari, aku dijemput sebab aku juara pertandingan merebut katak air, tak sedap lak kalau tak datang, lagipon si puteri cakap baginda nak menari dengan aku. Aku tak pernah menari kat ballroom, nak gak merasa sehati berdansa dengan baginda...”
“Ko dating tiap malam tu, dua jam je la ye, ko jadi manusia?”
Paku tekan mengangguk, “ha ah, dua jam je la... pastu aku terpaksa blah, kalau baginda tau aku antu paku apa jadi nanti? Nasib baik la jam peninggalan nenek ni selalu kejutkan aku dari hanyut dibelai si tuan puteri. Sepuloh minit sebelum waktu tamat, dia bebunyi, aku pon mintak diri.”
“Complicated la cinta dengan manusia, nak betukar-tukar, ada time limit bagai. Ko carik la awek anak antu kom-kom ke, antu siang ke, jembalang tanah ke, anak ujan panas ke, antu setan ke, tak leh?”
“Cinta, mana nak kenal bila dan siapa.”
“Hmm.. yela, memang ada logika jawabanmu itu. Dah tu, dua jam berdating dua minggu tiap malam ni, sempat ke nak crett? Kalau aku dua jam mana cukup. Foreplay je dah dekat dua jam setengah.”
“Heh, ko ingat aku cam ko? Aku ciom dia pon tidak. Sebelum ada ikatan yang sah tak akan aku lakukan perkara tak senonoh terhadap beliau. Ni stok buat bini, bukan stok geli-geli.”
“Haahahahahahah....” Bergema ketawa besar si Paku Payung mendengar jawaban kakaknya.
“Kampong Poh la lu ni. Macam zaman dolu-dolu... tatatertib sangat.”
“Aku hormat, lagi pon..aku sedar aku ni antu.”


Borak punya borak sambil bergurau senda, merepek meraban sesama sendiri, maka berbincangla antu dua beradik tu tentang rancangan si abah, permasalahan tuan puteri, pergolakan cinta antara dua alam, begitu juga Paku Payung yang menceritakan tentang konflik-konflik dalam hidupnya. Tentang cinta, tentang masalah kerja, tentang kecanduan diri pada Aunt Mari, tentang keresahan tiap kali Aunt Rosie menjenguk tiap bulan. Macam-macam la tema yang diketengahkan kedua ekor antu adik-beradik tersebut.

“Malam berinai, kata abah aritu dia akan colek tuan puteri, pastu dia gantikan dengan kau. Kau mesti tak nak kan? Apahal lak Cleo nanti, mau mengamuk meroyan Siamang Ghost tu, abih satu kampong ni disampuknya nanti. Silap-silap kampong seberang pon jadi mangsa keadaan. Ko taula betapa kuatnya pengaruh YB tu.”
“No, no, no... I will never allow this. Ko kena tolong aku, kak. Kita kena bersatu. Besekongkol. Bersekutu bertambah mutu, cam jata negara tu.”
“Abah ada potion. Boleh jadi manusia, tetap dan berpencen. Hak milik kekal.”
“Great, benda tu boleh bantu selesaikan masalah ni. Kalau kau sure nak kekal jadi manusia dan mengharung masa depan dengan si dia, aku sokong. Tapi aku nak kekal antu. Antu abadi. Cleo sayang aku.”
“Hmm... sebab cinta dan sayangla aku nak buat ni semua. Tapi, first thing first. Aku kena berterus-terang dengan baginda tentang siapa aku yang sebenar. Ni la risiko aku kena hadap. Kalau dia reject aku, antu abadila aku jawabnya. Mungkin bukan jodoh.”
“Agak rumit... kalau dia tak terima, sakit kau nanti, kak.”
“Tula aku kena berani. Terima atau tak tula risiko aku kena hadap. Takpela, biarla aku sakit asalkan baginda bahagia. Demi cinta sejati, demi sebuah kejujuran, biarlah aku berkorban. Cinta perlukan kejujuran, keikhlasan, baru harmoni. Aku tak nak cemarkan kesucian cinta kami. Aku kena berani. Baru boleh pikul tanggungjawab kalau cinta baginda pada aku hingga ke puncak Himalaya sana.”
“Hmm yela...suka hati kau la, tapi cinta, cinta gak. Puncak Himalaya ke, Kinabalu ke, Tahan ke, sekarang kita kena lekas dan cekap amik tindakan sebelum aku jadi mangsa, awek ko ke mana. Kita kena curik potion tu sebelum malam berinai.”

“Abah bawak botol tu ke mana-mana pon, kau tau? Dia simpan dalam perot dia. Camne nak amik?”
“Adoh mak... dalam perot la plak. Suruh mak amikkan la, dia kan selalu dekat dengan perut abah.”
“Mak... hmmm woiii.... what a brilliant idea. Kau tau mak tak suka abah kawin, dia sikit punya jeles sampai nangis bengkak-bangkak gusi aritu, so, mesti dia sanggup bersekutu bertambah mutu dengan kita. Aritu lama dorang gaduh pasal ni kau tau. Kita bodek la mak, kita psiko mak sampai mak sanggop bersekongkol dengan kita. Takkan aku nak biarkan awek aku jadi mak tiri, sedangkan kau pulak jadi jelmaan pada cinta hatiku, oh no. That's totally insane.”
“Sis, jangan risau. Ni Paku Payung. Aku akan payung kau dalam hujan ataupon panas. Aku janji. Aku tau aku jahat, tak de disiplin, tapi aku sayang ko. Ko je akak yang aku ada.”
“OK kalau camtu, aku pon sayang ko jugakla. Kalau berjaya rancangan kita menghindar semua ni dari berlaku dan aku boleh bawak awek aku tu lari jauh-jauh dari semua kealpaan ni, hutang kau yang dah masuk 7K pound sterling tu aku halalkan je. Tak payah bayar a single penny pon.”
“Betol ni, kak????!! Betol, tak yah bayar?”
“Betol.”
“Belanja Char Kuay Teow pon tak payah?”
“Tak, tak payah, jangan teruja sangat, karang aku tukar pikiran, aku naikkan kadar riba 20% baru kau ada akai.”

Persetujuan pon dicapai, terujalah kedua beradik tersebut dalam merangka pelan induk projek menyelamatkan hidup dan cinta mereka. Masing-masing, baik Puteri Sanggol Terbalik mahupon Paku Payong, akan dipergunakan abah sendiri demi kepentingan masing-masing, manakala Paku Tekan pula terbuai dalam cinta tak bermusim. Semangat semakin kental, jiwa abang jebat semakin tebal, darah penderhaka pon berkocak dalam urat dan pembuloh darah.

~~~~~

Malam itu dilengkapi tuxedo, melangkah kacak dan bangga, Paku Tekan dengan hati yang kembang pergi ke istana, memasuki dewan tari menari. Terasa janggal, tapi dia tetap mengekalkan etika dengan keyakinan. Disambut mesra oleh dayang-dayang istana yang tak kurang hotnya, dia dibawa ke meja makan, menyertai raja dan permaisuri, mak abah Puteri Sanggol Terbalik, juga mak abah Putera Songkok Beracon berserta dif-dif kehormat yang lain.

“Ni dia hero kita, juara merebut katak air Kazakhstan. Silakan duduk Paku Tekan, jangan malu-malu, buat cam istana sendiri.” Dengan kemain mesra abah puteri mengalu-alukan kehadiran Paku Tekan sedangkan mata Paku Tekan meliar, mencari dimanakah gerangan sang kekasih hati.
“Kenalkan, ni Putera Songkok Beracon, bakal menantu beta, bakal pewaris tahta kerajaan Langit Tanpa Malam.” Itulah kali pertama Paku Tekan melihat muka si putera tu.
“Hmm padanla sayang aku tak hingin, anak liar ni yang nak diharapkan jadi laki beliau, huh memang takda la kamu,” kutuk Paku Tekan dalam hati bila melihat muka dan penampilan si putera.
“Mana bini gua ni, lambat betol kalau bersolek,” kata si putera, sambil menghembuskan asap rokok ke muka katak air yang duduk di antara dia dan Paku Tekan.
“Kreeeeeekkkkkkkkkkk kkkkk....” Kata si Khazi yang membawa erti, “memang tak ada adab, benci aku.”
Rambutnya yang bergulong-gulong menutupi mata dengan bersongkokkan Slash Top Hat, lengkap berkaca mata hitam dan berjaket kulit, memang dia ni peminat G & R, tak salah lagi.
“Padanla awek aku tak minat, awek aku suka alternative and grunge, Kurt Cobain katanya, hehehe...” Paku Tekan membuat isyarat bahasa alam, berkata-kata dengan Khazi yang kelihatan pegal dengan sikap si putera raja.
“Mana baginda ni Khazi, lambat nau, bersolek ke apa?”
“Jap g turunla tu, tadi baginda kena ceret beret, tu yang lambat tu. Lagipon baginda period, hangin tak berapa baik. Elok-elok la sikit nanti. Kalau baginda merepek meraban, kau layankan je. Baginda kalau period memang bertukar sikit. Banyakkan bersabar, sahabatku.”

Tak lama kemudian, seluruh dewan menumpukan pandangan ke arah tangga berpusing di tengah-tengah dewan, teruja dengan kejelitaan yang memancarkan cahaya ke seluruh ruang, dengan kehadiran Yang Terindah, Puteri Sanggol Terbalik. Cantik mengenakan evening dress berwarna biru malas, dengan rambut dibiarkan terurai lembut jatuh ke bahu, fuhhhhh...  inilah yang dinamakan keajaiban. Sekilas Paku Tekan memandang muka mak abah si puteri, tak la lawa mana pon, tapi apasal anak dia camni punya gorgeous? Terpukau dengan keindahan yang mahu dia miliki, serta merta Paku Tekan berdiri lalu berjalan penuh yakin menyambut ketibaan sang kekasih. Tapi malangnya...

“My dear, what took you so long? I missed you,” Si Slash jelmaan cuba bersikap gentleman dan romantik, menepis bahu Paku Tekan. Tangan Puteri diambil dan diciumnya. Hati perempuan Paku Tekan menjadi sedikit tersinggung. Cemburu menerjah rasa. Bengang pon ada. Tapi dia sedar, mata tuan puteri tak lari dari memandang dia. Dia tau, hati si puteri dah dia pegang, bak kata Ali Setan dan kawan-kawan;
--- Li, pege-pege tange pulok doh, kalau aku --- Dia baru pegang tangan... --- Abih hang tu pegang apa? Pegang bayang kot? ---  Aku pegang hati.--- Ya Salam.
Si Slash pon membawa bakal bini yang langsong tak mencintai beliau ke meja makan, menarikkan kerusi untuk baginda. Paku Tekan pon mengambil tempatnya semula.
“Paku Tekan, beta perkenalkan puteri tunggal beta, Puteri Sanggol Terbalik. Anakanda, inilah hero kita, juara pertandingan merebut katak air yang ayahanda ceritakan tu, Paku Tekan.” Ayahandanya yang tak tau menau tentang hubungan sulit mereka memperkenalkan kedua makhluk tersebut, yang sedang pening dalam percintaan. Paku Tekan segera berdiri, menunduk hormat sebelum menghulurkan tangannya kepada kekasih yang dirindui.
“Pleasure to meet you, Your Highness,” tangan itu diciumnya. Saja nak kasi panas si Slash, tapi si Slash lagi leka dengan iPhone dia, tak mengendahkan apa yang terjadi di sekeliling.
“It’s a pleasure to meet  you too, Paku Tekan.” Sekuntum senyum mesra penoh kerinduan dengan cara menggoda baginda lemparkan kepada Paku Tekan membikin hati si antu berdetak lebih kencang seperti genderang mau perang.

Makan malam berlangsong dengan penuh kegirangan, tanpa memikirkan masalah kewangan mahupon masalah penceraian. Cerita bertukar dari satu topik ke topik lain. Bosan sebenarnya melanda diri mendengar topik poyo orang-orang atasan yang tak ada kena mengena langsong dengan dunia antu. Mujurlah kehadiran puteri memberi semangat untuk dia terus di situ, mencuri-curi pandang pada keindahan yang tak pernah dia lihat dalam dunia perhantuan. Sekali dalam hidup, itulah kali pertama dia ditemukan dengan karya seindah itu, dan perempuan itulah perempuan pertama yang telah mengajar dia betapa hidup ni bukanlah satu dimensi semata-mata. Cinta yang pernah dirasakan bersama Cheessy dulu langsong tak sama dengan apa yang dia rasakan sekarang ni. Langsong takde kick, bak kata Cikgu Rina. Debaran, thrill, semangat, zeal yang bergelombang sampai ke paru-paru, betul-betul berbeda hingga mengelirukan otak yang biasanya normal berfungsi. 

Mungkin waktu bersama Cheesy, hal masa depan tak pernah terlintas langsong dibenak Paku Tekan berikutan sikap endah tak endah si Cheesy yang tak ada anjakan paradigma dan langsong tak paham tentang Prinsip Keabadian Momentum. Bertemu Puteri Sanggol Terbalik telah meluaskan pandangan dan visinya dengan lebih matang, pada masa hadapan, cita-cita dan seni. Belajar tentang kesungguhan dan pengorbanan, semua ni tak pernah terjadi sewaktu bersama Cheesy yang selalu memandang remeh dan memperlekehkan kehidupan, merasakan harta kekayaan warisan turun menurun dah cukup untuk dia, tak perlu memajukan diri lagi sebab bagi antu susu tu, keluarga dia dah cukup maju, mampu menyediakan dia kehidupan yang gilang-gemilang dan berwarna warni tanpa perlu berusaha.

Sedangkan bila melihat aweknya memanjat tembok dan pagar, macam budak sekolah lari asrama pada setiap malam untuk berdating dengan dia, telah menginsafkan Paku Tekan tentang kewujudan cinta sejati. Betapa kesanggupan dan kesediaan itu telah membuktikan kasih sayang dan cinta yang luar biasa, yang datang tanpa dipaksa, menyusup ke dalam darah dengan penuh rela, terjadi pada waktu yang tak terduga.

Paku Tekan mengerling lagi ke muka lawa bercahaya awek dirajanya itu. Ternyata senyuman yang dilemparkan kepada mak abah, Si Slash dan keluarga, juga kepada dif-dif kehormat yang lain hanyalah rekaan dan palsu semata-mata. Jelas dalam mata yang paling dalam, dapat Paku Tekan lihat dan rasakan semua kepiluan, kesedihan dan kebimbangan yang melanda sang kekasih hati. Lalu dengan penuh hormat dan rasa kasih, Paku Tekan bangun dari kerusinya.
“Allow me a dance with the princess, Your Highness.” Mohon Paku Tekan dengan sikap penuh sopan dan gentleman.
“Oh sure, please.” Si abah memberi green light.
“Putera?”
“Oh sure, sure, why not. Enjoy my future wife. Go ahead.” Jawab si Slash yang tak abih-abih berwhatsapp dengan entah sape-sape, entah betina mana.
Senyum lebar Puteri Sanggol Terbalik dengan pelawaan itu.

“Putera sasau tu nampaknya tak pedulik sangat pasal tuanku,” kata Paku Tekan sewaktu dia membawa Puteri Sanggol Terbalik dalam pelukannya.
“Huh, dia mana pedulik, sebab tu beta tak nak kawin dengan dia. Tu leka dengan handphone, bukan beta tak tau, berapa banyak betina dia ada. Tak hingin beta jadi mangsa dia.” Paku Tekan tersenyum, suka dia melihat muka lawa tu bila marah. Merah-merah jadinya.
“Thanks for coming, darling. I really miss you...” bisik si awek, manja menggoda.
“Tido hamba tak lena kenangkan tuanku... hamba pon rinnnnnnnnnnnnduuuuu sangat kat tuanku, banyak, banyak, banyak sangat.” Jawab Paku Tekan tanpa membuka rahsia bahawa sebenarnya, tiap malam sejak malam pertemuan pertama tu, dia tido dalam bilik tuan puteri, kat atas katil baginda, sebelah baginda, masuk ke alam mimpi baginda.

“Darling, beta nak bina masa depan dengan tuan hamba, beta yakin. Dah beta fikirkan semasak-masaknya.”
“Hamba juga begitu, tuanku... tapi ada yang perlu kita selesaikan dulu. Problem tuanku ni...”

“Sayang dah bincang dengan mafia tu?”
“Belum lagi, dinda. Tapi kanda rasa mafia tu tak leh dibawak berbincang. Kita kena buat plan kita sendiri. Tak leh bersekutu dengan dorang, memang tak bermutu hasilnya nanti.”
“OKla kalau kanda cakap camtu, dinda percaya kanda. I love you.”
"Bahagia bila kau berada dalam dakapanku, sayang. Aku mahu saat ini kekal selamanya," bisik Paku Tekan ke telinga Tuanku Puteri, membuatkan wajah beliau menjadi kemerahan menanggung rasa gembira yang luar dari kebiasaan.

Kedua kekasih itu pon menari dan teros menari tanpa mengendahkan kewujudan manusia lain di dewan tersebut. Hanyut dalam dakapan masing-masing, membiarkan lagu-lagu cinta membelai jiwa disepanjang tarian telah menyerikan indahnya percintaan yang mereka kecapi tanpa menyedari masa membataskan semua itu. Lalu...
Beep, beep... beep, beep.... sepuloh minit maka akan tamatla tempoh seratosdoploh minit had menjadi manusia. Paku Tekan terpaksa pergi. Terpaksa. Dia tak rela, tapi terpaksa. Malam masih awal, baru pukul sepuloh. Untuk seketika, dia merasakan alangkah ruginya menjadi antu paku.
Puteri Sanggol Terbalik mula perasan, tiap kali jam tu berbunyi, tiap itulah, si Paku Tekan menggelabah nak blah.
"Jam power rangers ke apa tu? Ke polis angkasa gaban pakwe aku ni? Ada makhluk dari planet ijau nak ngamuk kat bumi ke, tak pon tu signal mengatakan bini dia dah hampir dengan rumah?" Bermain fitnah-fitnah dan tuduhan tak berasas tersebut di kotak fikiran si awek. Rasa tak puas hati pon menyerang kesihatan rohaniah baginda. Baru nak bermanja-manja dia dah nak blah.

“Dah, dah, dah... dah beta agak dah, memang tuan hamba kena blah, kan?” Dakapan dalam dansa pertama pon dileraikan. Si puteri memeluk tubuhnya sendiri, buat muka tapir, muka tak puas hati, merajuk. Mintak dipujuk, dibelai, mintak dimanja sebenarnya, bukan Paku Tekan tak faham, tapi dia kena pergi. Masa dah suntuk benar.
“Abang kena blah, sayang. Esok kita jumpa lagi ye, cam biasa.”
“Tak nak, tak nak, tak nak, you better stay with me.”
“Tapi hamba kena balik, tuanku. I’m so sorry, I can’t. I have to go. Kita dating esok, ye. Promise.”
“If you do love me, buktikan cintamu. Be there at four am. This morning. Beta tunggu.”
“Pukul 4 pagi? Lewat tu, tuanku. Nanti sejuk tuanku digigit embun pagi, demam pulak nanti, risau patik, sayang. Baik tuanku tido, selesa atas katil, mimpikan hamba. Esok leh dating lagi. Patik tak lari, tuanku, ada je selalu, janganla risau, percayalah hamba.”
“Ahhhhhhh beta tak kira, beta nak jugak. Kalau tuan hamba tak leh datang pagi karang kul empat, then stay here with me right now. Jangan balik.” Baginda menarik tangan Paku Tekan.
“Tak leh, tuanku... kena balik. Kena, sekarang. Aduh mak... leceh tol la."
“No, stay... please stay.” Nak tak nak Paku Tekan terus lari meninggalkan istana. Berat hatinya, rasa bersalah pon menerpa tatkala dia melihat muka tak puas hati si awek yang tak merelakan pemergiannya.
“Let him go. Hang tak sedaq, hang tu bakal bini aku. Ada hati tu dia nak berskandal dengan orang kebanyakan macam tu. Bukan beta tak nampak cara hang pandang dia, cara hang senyum kat dia.” Tangan Puteri Sanggol Terbalik ditarik kasar lalu diheret ke meja makan.

Sebaik saja melangkah keluar dari pitu gerbang istana, bertukarlah Paku Tekan menjadi antu paku semula.
“Fuhhhh lega... nasib baikla sempat lari, kalau tak mampos aku. Habis satu kampong tau rahsia aku.”
Paku Tekan kembali terbang ke istana, melihat dari luar jendela, mencari-cari wajah kesayangannya.
“Ha tu pon dia... alah ciannya, muka merah... nampak nau tak bahagia. Hmm, apa la patut aku buat? Leceh la camni...”
Dari tingkap itu, Paku Tekan setia terawang-awang, memerhatikan puteri yang bersedih. Kemudian, kelihatan Putera Songkok Beracon mengambil tangan si puteri, membawanya ke lantai dansa. Dengan muka masam mencuka, dapat Paku Tekan melihat keterpaksaan yang dipamerkan. Hanya beberapa langkah, kemudian puteri teros berlari meninggalkan ruang dewan tari, meninggalkan si Slash sendirian, berlari menaiki tangga. Khazi yang peka pada apa yang terjadi turut melompat, menuruti sang puteri yang sedih dan jelas kelihatan si Slash mengambil ntah awek mana ntah, anak raje mana dibedalnya ajak berdansa, tak pedulik langsong bila Puteri Sanggol Terbalik angkat kaki camtu je. Jangan kata nak pujuk, nak kejar, tanya apahal pon tak, malah, tanpa berfikir panjang, dia boleh bedansa dengan anak raja lain dengan hati senang, dengan suka cita.

Terbang ke tingkat tiga, Paku Tekan memasuki kamar kekasih cinta hatinya. Wangi, macam bau dalam surat-surat cinta yang diutuskan.
“Hidup memang tak adil.” Pintu dihempas, airmata mengalir. Kemudian, diri sendiri pula dihempas atas tilam.
“I hate my life... why, why, why me????? Paku Tekan mengapa tuan hamba pon begitu kejam terhadap beta? How could you left me when I needed you the most? Beta baru nak rasa best berdansa dengan tuan hamba, masa tu la tuan hamba kena blah. Sampai bila, sampai bila nak camni?” Menitis-nitis air mata tuan puteri, hiba dan pilu. Katak air turut bersimpati.
“Krekkk,” katanya, “tuanku, nah tisu.” Dicapainya tisu yang Khazi hulurkan lalu hingus pon dihembus.
“Khazi, aku rasa bersalah.” Paku Tekan memandang muka Khazi. Tersentuh naluri kewanitaannya melihat siksa hiba jiwa si awek, menahan pilu sampai keluar air hidung.
“Aku tau, tapi camne? Bukan kau sengaja pon. Tapi lambat laun, kau kena berterus-terang jugak, Tekan. Kesian baginda.”
Mereka berdua memandang sayu ke arah tuan puteri yang masih tersedu-sedu di atas katil. Makin merah muka beliau, makin lawa jadinya.
“Khazi, beta rindu Paku Tekan... tuan hamba rasa dia datang tak kul empat karang kat sungai?” Dalam pada kesedihan, masih baginda menggantung harapan untuk bertemu kekasih hati pada jam empat pagi karang. Khazi memandang Paku Tekan, meminta jawapan. Paku Tekan mengangguk, tanda penyerahan jiwa kepada dia yang tercinta.
“Krekkk...” Khazi melompat ke atas katil. Dengan senyuman, dia mengangguk-anggukkan kepala sambil membuat simbol OK dengan jari-jarinya.
“Seriously, Khazi? Tuan hamba sure?” Khazi tersenyum dan mengangguk lagi sambil melompat-lompat gembira. Wajah Puteri Sanggol Terbalik kembali ceria.
“Mengapa ye Khazi? Tiap detik bagai pelik tak bersama dia, tiap malam bagai muram, sedih dan layu... jiwa beta rindu.” Puteri pon mengambil journal lalu mencoretkan rahsia hati di atas lembaran-lembaran tersebut.
Khazi dan Paku Tekan berbalas pandangan.
“Aku sayang dia ni Khazi.”
“Saya faham...”

*****

Pukul empat pon tiba akhirnya. Puteri yang tertido pon terjaga bila jam loceng mengejutkan dia dari lena pada pukul 3.30am, seperti yang telah dia setkan. Bangun mandi, dengan penuh bersemangat sebelum mencantikkan diri untuk menyelinap keluar bertemu Paku Tekan, yang sebenarnya ada kat situ, memerhati beliau sejak dari malam tadi.
“Khazi, bangula, nak ikot tak?” Sang puteri mengejutkan tido lena si katak air. Dengan mata kuyu, nak tak nak, dilayankan jugak permintaan tuan puteri.
“Kalau dia tak datang, terbuktila dia dah ada bini dan memang dia tak sayang beta.”
Begitu mudah kesimpulan dibuat seorang wanita yang tengah datang bulan, tanpa usul periksa. Walaubagaimanapon, sebenarnya akal baginda dah merancang sesuatu. Baginda mahu membongkar misteri dua jam Paku Tekan. Nekad, baginda nekad dengan rancangan yang baginda fikirkan sejak malam tadi, sejak Paku Tekan melepaskan pelukan mereka.

Melalui balkoni, untuk kesekian kalinya, tembok dilungsur dengan penoh expert, gaya-gaya Nora Zain Ejen Wanita, tak ada kesangsian lagi. Selamat sampai ke bumi, maka pagar yang jauhnya 500 meter dari istana dipanjatnya pula, dengan penuh gaya, mutu dan keyakinan. Itulah dia lambang keunggulan cinta seorang puteri raja terhadap antu paku kesayangannya.
“Alahai awek aku...” Kata Paku tekan yang bertukar pandang dengan Khazi, tersenyum bangga melihat telatah tuan puteri yang semakin profesional dalam acara melungsur, memanjat dan menyelinap dengan penuh bergaya.

“Pssst... pssttt...krekkk,” kedengaran satu suara yang tak asing lagi, menyapa dari arah belakang.
“Oh, Katika, kenapa tak tido, awal lagi ni...lalat pon belom bangun.” Kata Khazi yang terasa bahagia bila disapa seksi begitu.
“Sebenarnya aku perhatikan je apa yang terjadi malam tadi, sebab tu aku tau kul pat pagi dorang nak ngedate. So aku pon gunakanla kesempatan ni untuk jumpa kau...hmm boleh kita tangkap lalat pertama sama-sama pagi ni untuk breakfast kat tepi sungai, tidakkah itu romantik?” Katika menjelaskan tanpa berkias-kias.
“Memang bercahaya idea kau tu, Katika.” Maka mereka pon melompat bergandingan menuju ke sungai. Tuan Puteri yang teruja, kemain laju lagi melangkah, meredah semak dan denai menuju sungai tanpa mempedulikan Khazi di belakang. Tapi tak pe la, ada antu mengescort dia tu ha, walaupon dia tak sedar.

Sesampai di tepi sungai...

“Memang beta dah agak, dia mesti lambat. Tak pernah sekali dia sampai dulu, mesti beta yang kena tunggu.” Puteri Sanggol Terbalik membuat komplen yang sama.
“Baru seminit sampai, dinda dah nak merentus... bukan ke sabar tu sifat mulia, sayang?” Sapa Paku Tekan sebaik saja dia menukar dirinya.
“Baby.... tak sangka tuan hamba datang. Beta ingat tuan hamba tak nak jumpa beta lagi,” tanpa segan silu, dengan bahagia dan senyuman puas hati, si puteri mendakap Paku Tekan yang agak terkejut dengan perlakuan baginda.
“Mestila datang, kan dah janji.”
“Janji? Taklah, mana ada tuan hamba janji nak datang.”
“Kan patik dah cakap, janji patik hanya dengan bukti, inilah dia.”
“Hmmm, thanks darling. Ohhh, lega betul hati beta dapat jumpa tuan hamba. Sejak tuan hamba melarikan diri malam tadi, jiwa beta menjadi kacau bilau. Majlis tari menari tu menjadi suram tanpa tuan hamba.”
“Patik pon rasa yang sama, tuanku. Gelisah bila jauh dengan tuanku. Sayang... sudikah tuanku menjadi suri hidup hamba yang hina ni? Patik sedar, patik tak ada apa nak offer tuanku, tapi patik ada tulang empat kerat dan otak yang baik. Patik boleh berusaha untuk hidup kita. Tuanku, patik cintakan tuanku, tak ada kesangsian lagi. Makin lama patik pendam, makin sakit kat dalam menahan rindu.” 
Dengan keyakinan dan seluruh keikhlasan, perasaan pon diluahkan secara rasmi, tiada kiasan dan metafora lagi, tidak sepert semalam dan hari-hari sebelumnya. Mata jernih Puteri Sanggol Terbalik bersinar bahagia dengan senyuman penuh rela.

“Oh... Paku Tekan... akhirnya tuan hamba temui keyakinan untuk melafazkan kata-kata ini di depan mata beta. Inilah saat yang beta tunggu-tunggu. Jomla kita lari, darling. Kampong ni apa pon takde, kita kena g tmpat lain, memulakan hidup kita berdua. Kalau kat sini je, memang tak berkembang minda kita. Biarpon penoh onak duri dan halangan, biarpon ujan batu kat negeri orang, apa pon rintangan hidup, akan kita lalui penuh relax dan cool, tak yah nak menggelabah. Kita boleh. Kita boleh, tentu saja. Bersekutu bertambah mutu, betul?”
“Betul sayang. Kita akan usahakan bersama-sama. Biarkan dunia sekarang gemar benar berperang. Biarkan dunia sekarang, berputar-putar tak keruan. Cinta satu tak mungkin berubah, selagi hayat masih ada. Cintaku yang satu, cintaku tak bermusim.”

Perasaan bahagia dan gembira menyatukan jiwa mereka. Maka terjadilah ciuman Perancis pertama di pagi shahdu itu, bersaksikan dua ekor katak air dan juga alam.
“Beta janji...” Dengan segara jari telunjuk Paku Tekan letakkan di bibir seksi sang puteri.
“Tak perlu berjanji, adinda. Bagikan patik hanya bukti.”
“OK, deal, darling. Janji-janji pon nak buat apa kalau tak reti nak tunaikan. Beta suka motto tuan hamba tu. Kulafazkan janji hanya dengan bukti, thanks for the song, my love. You are so damn romantic, penuh seni dan berlagu. I like... hmm.... how lucky I am...” Puteri Sanggol Terbalik melentokkan kepalanya ke bahu Paku Tekan yang sebenarnya terfikir-fikir camne nak berterus-terang. Tangan Paku Tekan diambilnya, dibelai-belai dalam genggaman.

“Cantik Jam tuan hamba, mesti mahal ni kan?” Tiba-tiba baginda memuji.
“Tak tau la berapa harga tapi ni hadiah dari arwah nenek patik, dah lama dah dulu masa patik belajar kat U lagi. Patik sayang jam ni. Ni triple sensor tau. Tough Solar. Lengkap dengan altimeter, barometer, thermometer, digital compass, moon phase, world time. Ada on and off button for power saving function, five daily alarm. Memang perfect. Memang favourite patik la pathfinder ni. Takde dia tak lengkap hari patik.”
“Ooo, begitu. Hebat jam tuan hamba, macam-macam ada. Kira all in one la ye.”
“Ha, ah begitulah sayang. Nenek selalu pesan, masa tu emas, kena hargai selalu. Sebab tu dia hadiahkan hamba jam terbaik camni. Tengok cantik kan? Memang nenek ada taste yang hebat.”
“Hmm, cantik sayang. Nak tengok boleh, nak try pakai, mana tau esok boleh beta beli satu untuk diri beta sendiri. Bawak g camping, berkuda, memanah, menyelam pon bagos ni.”
“Oh tentu sekali, dinda, nah try la.” Paku Tekan pon dengan senang hati membuka jam tersebut dari pergelangan tangannya lalu diserahkan kepada puteri.
“Tapi tangan sayang kecik sangat, jam ni besar.” Mereka ketawa bahagia.
“Tapi cantik, darling. Beta suka. Ni, camne nak main dengan kompas ni sayang?”
“Oh tu, tekan, ni, pastu butang ni ha. Hmm yang ni barometer. Tengok tu air pasang surut pon ada. Tu fasa bulan, fishing gear.”
“Yang ni darling?”
“Ha, yang tu butang power on n off. Yang ni pulak daily alarm. Boleh set lima daily alarm. Birthday, anniversary, important date reminder.”
“Ohhh begitu, hebat jam ni. Memang arwah nenek tuan hamba  ada citarasa la. Beliau mesti wanita hebat.”
“Oh, tentu sekali. Cucu dia ni bukti kehebatan beliau. Arwah nenek orangnya berseni, beliau suka main arkodian. Patik suka main seruling, nak dengar sayang? Ni seruling selalu patik bawak ke mana-mana.” Kata Paku Tekan yang memang selalu bersemangat bila bercakap mengenai muzik lalu dikeluarkan seruling bambu kesayangannya dari kocek seluar.

“Really? Great. Beta memang suka musik, beta boleh main piano dengan harp," balas Puteri Sanggol Terbalik, tak mau mengalah. Kemudian, baginda menyambung,
"Sayang, mainkanlah  beta lagu tu. Beta suka sangat nak dengar.”
Tanpa sangsi, Paku Tekan pon memenuhi keinginan kekasihnya, mengalunkan lagu favourite baginda, lagu tema cite ni la, apa lagi. Terpejam-pejam mata si antu paku meniup seruling, menghayati keindahan suara seruling bambu tersebut, tanpa dia sedari masa begitu pantas berlalu.

Matahari mula menyinsing di ufuk timur. Burung-burung pun mula keluar memulakan hari mereka dengan ciak-miak gembira. Khazi dan Katika pon dah bersedia nak menangkap lalat pertama. Paku Tekan tak sedar jam tangannya masih ditangan puteri.
“Eh, kenapa aku rasa lain ni?” Tiba-tiba hatinya bertanya. Wajah Puteri Sanggol Terbalik direnungnya, baginda kelihatan pelik, tak ada senyuman, tak ada kata-kata, cuma mulutnya sedikit ternganga.
“Tuanku, are you OK?”
“I’m... I... I’m good but... you... you are not...” Segera Paku Tekan mengerling tangan kirinya. Mana jam aku?!!!!
“Jam hamba, mana dia, goshhhh...” Bulat mata Puteri Sanggol Terbalik melihat perubahan berperingkat terhadap fizikal Paku Tekan yang terjadi di depan mata kepalanya sendiri. Sedikit demi sedikit, akhirnya menjelmalah kembali Paku Tekan ke bentuk asal, antu paku.

“You... you are not human! Tuan hamba, hantu!!!” Kata tuan puteri hampir menjerit, tapi tak ada tanda-tanda takut atau nak lari dari situ pon. Maintain melekatkan ponggong kat bangku bambu tu jugak, tak berganjak. Katak air yang sedang enak menjamu selera terkejut mendengar laungan baginda. Alam pon turut kehairanan.
“Oh mein Gott, Katika, rahsia dah pecah, nampaknya. Pe patut kita buat ni?” Khazi mula cemas. Dia tak mahu hubungan yang indah itu hancor hanya kerana perbezaan dua alam.
“Kita tengokkan je Khazi. Tak ada apa leh kita buat. Ni keputusan kat tangan baginda. Biarlah dorang amik masa.” Relax je Katika memberi pandangan, sambil teros menikmati sarapan pertama beliau dengan katak air Kazakhstan.

Sementara itu...

“Ini ke alasannya tuan hamba menghilangkan diri bila dua jam?” Paku Tekan yang terawang-awang terbang ke atas batu kegemarannya. Nota cinta yang ditulis puteri masih kekal di situ, menambahkan sayu di hati si antu paku bila membacanya. Kenangan. Ye, tentu sekali kenangan selalu menguatkan rasa.
“Ye, tuanku, patik hantu paku. Ampunkanlah patik, sebab tak berterus terang. Merahsiakan benda ni bukan benda yang dengan senang hati patik lakukan. Bukan mudah nak hadap semua ni tapi patik cuba jugak demi cinta patik pada tuanku. Patik tahu semua ni bodoh, tak masuk akal, tapi cinta patik bukan mainan. Ini ajela kewarasan yang ada. Tuanku, aku cintakan kau. Tolonglah... maafkan aku.”

Puteri Sanggol Terbalik kelu, tak tau nak kata apa. Kekasih yang dipuja-puja rupanya hantu, camne ni nak jawab masalah ni? Makin keliru, makin bersimpol berselirat urat otak.
“God, benda ni memang tak terlintas kat akal beta langsong. Memang beta ada heran  dan pelik, mengapa tuan hamba asik kena blah bila kul dua pagi, beta ingat tuan hamba dah ada anak bini. Tapi kenyataan ni lebih dari satu kejutan... kau hantu......... hantu paku, my God. Dayang-dayang selalu cerita hal antu, beta penah dengar hal antu paku, tapi beta tak pernah percaya. Sekarang ada depan mata beta, mengucapkan cinta lagi. Wow, unbelievable. Unbelievable? Well, believe it.... Your Highness . Padanla asik duduk kat sungai je tuan hamba. Aduhhhh... pening la. Pening, migrain. Mintak nyawa. Mintak nyawa... Sakit perot, hadoiii, senggugot pon ada ni. Eh, eyyy, eyyy... tadi kita kissed kan?”
Paku Tekan mengangguk dan berkata, “Ha ah kita kiss tadi, ciuman Perancis lagi... patik masih Kurt Cobain, kan masa tu tadi, bukan muka antu ni?”
“Ha, ah, masa kita bercium ala Perancis, berpeluk ala Venezuela tadi, tuan hamba masih Kurt Cobain. Nah la, amik balik jam tangan tuan hamba ni. Memang beta dah agak, ada rahsia di sebalik jam tu sebab asal dia berbunyi je tuan hamba menggelabah nak balik, tu la pasal beta sengaja amik jam tu, pastu switch off alarm yang tuan hamba set pastu beta turn on power saving mode supaya dia tak berbunyi, tak menyala. Tak disangka-sangka...” Sambil mengesat-ngesat bibirnya yang merah merekah bap limau seulas itu, Puteri Sanggol Terbalik membuat pengakuan, sememangnya itu semua dah dia rancangkan demi membongkar misteri seratusdoploh minit Paku Tekan. Sekarang terjawab sudah semua persoalan baginda. Memang pas la kalau nak jadi Nora Zain Ejen Wanita.

“Tuanku, cinta patik takkan berubah. Tapi patik faham jika tuanku yang berubah hati. Camnepon, akan patik simpan cinta ni sebagai kenangan yang terindah. Hal tuanku dengan dia tu, akan patik selesaikan. Untuk tuanku, tak akan patik izinkan dia menjadi teman hidup walaupon tak ada jodoh antara kita. Patik nak tuanku happy. Terbangla ke seberang selat Inggeris seperti yang tuanku rancangkan. Mungkin kat sana tuanku akan jumpa cinta sejati. Patik akan selalu ingat tuanku di sini.” Sebak dada Paku Tekan waktu dia melafazkan kata-kata tersebut. Menatap wajah Puteri Sanggol Terbalik yang memerhatikan dia dengan pandangan pelik campor teruja, dia rasa malu bila ditenung lama-lama begitu. Si gadis masih duduk di tempat yang sama, menyilangkan kaki, menyelesakan posisi baginda sambil melepaskan ikatan rambutnya.

“Paku Tekan, cinta tu luas maksudnya. Tengok langit kat atas sana tu. Ada awan. Boleh tuan hamba bawak beta terbang ke sana?”
Akhirnya baginda bersuara selepas beberapa minit mendiamkan diri akibat kejutan yang berlaku di depan mata.
"Apakah relevannya, mi amor?" Tanya Paku Tekan, kurang jelas dengan maksud sebenar wanita dambaan jiwanya itu. Dia faham sangat, ada ketika-ketika tuan puteri memang gemar sangat-sangat menggunakan metafora. Kadang-kadang dia jadi confuse jugak, tapi dia suka bila kata-kata tuan puteri selalu indah dan berlagu. Itu selalu mendalamkan rasa dan harmoni dalam cinta mereka berdua. Dalam kekeliruan, hatinya mengharapkan sesuatu yang positif dari hati baginda.

"Jika sang mentari tak bersinar lagi, jika sang rembulan selalu bermuram. Jika kau rasa sangsi tentang cinta ini, jika kau ingin tahu... cintaku tak bermusim." Kata baginda, masih mengunakan kiasan.
"Maksud tuanku... hmm... jika kau merindu sebutlah namaku... Jika kau rasa sepi, ingat pada janji... Jika kau bermimpi, mimpilah diriku... Jika malam dingin, bayangkanlah kenangan, begitu?"
"Cinta satu tak mungkin berubah, selagi hayat masih ada. Cintaku tak bermusim."

Senyuman dari bibir seksinya dilempar mesra khas buat si antu paku yang masih berdebar menunggu kata putus. Akhirnya baginda mengeyitkan mata.
Khazi dan Katika yang memerhati dalam diam pon menghembus nafas lega.
BAB 9

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !