Ketukan Rezeki

Ray FL
0
Ada seorang nenek tua tinggal di sebuah pinggir kampung yang terpencil dan jauh dari kesibokan dan kemunafikan manusia. Nenek itu berkerjaya tetap tetapi tidak berpencen dengan pendapatan yang kurang konstan. Sudah berpuloh tahun beliau memegang jawatan Dukon Beranak di kampong Yukon. Nama nenek itu ialah Elizebet Teler.

Orang kampong yang dah berkahwin mahupon yang belom berkahwin beserta pasangan-pasangan yang belom mendaftar perkawinan mereka secara sah memang menggantong harapan tinggi terhadap Nenek Liv Teler iaitu nickname yang diberikan kepada Dukon Beranak tersebot. Harapan itu mereka gantongkan kerana hanya nek Liv saja yang dapat membantu bini mereka jikala perempuan-perempuan berkenaan menjadi bunting secara sengaja mahupon tidak disengajakan hingga akhirnya membawa kepada peristiwa dan pengalaman pahit manis dalam menanggung kesakitan nak beranak. 

Kampong terpencil itu memang jauh dari aros permodenan. Tidak ada klinik swasta mahupon kerajaan yang berhampiran. Klinik paling dekat pon mengambil masa 15 jam untuk sampai kalau naik bas express. Kalau naik Ketapi Tanah Malayu yang dulu-dulu tu lagi double la masa yang diperlukan untuk sampai ke destinasi. Seandainya menaiki ETS, masa yang perlu mungkin dapat dikurangkan beberapa jam, mungkin 7 jam, mengikut anggaran penulis yang baru sekali naik ketapi ETS pegi Penang tahun lepas.


Dipendekkan cite, mmg nek Liv sajalah satu-satunya Dukon Beranak merangkap General Practitioner,  pakar sakit puan, pakar psikilogi, dan jugak pakar astrologi di kampong Yukon.
 
Liv and Steven Tyler
Nek Liv (tengah) bersama abah dan mak dia waktu muda-muda. Hot stuff 💓

Walaupon pendapatan wanita berusia lewat 50 an itu tidaklah tetap dan memberangsangkan poket baju kebayanya hingga mampu memakai BMW X8, namun dia tetap berysukur dengan kereta Honda Burger fourth hand yang dibelinya secara tunai. Bagi nek Liv, dia lebih mementingkan asset daripada liability. Apa gunanya memakai kereta mewah tapi menganggong beban hutang bertahon-tahon lamanya? Bila kete dah menjadi tua, atau nahas dalam kemalangan jalanraya dengan bulldozer mahupon lembu pendek di kampong halamannya itu, hutang masih belom jugak selesai. Jadi, ada baiknya dia membeli satu saja kenderaan yang mampu membawa dia dari point A ke point B. Nak buat pe mewah-mewah kalau tak mampu. Prinsipnya, ukur baju di badan sendiri. Sebab itulah semua barang mewah dan tidak mewah milik nek Liv dibeli secara tunai, bukan kredit. Pendapatan nek Liv memang tak lumayan dan tidak pulak berpencen seperti mana kakitangan  kerajaan yang lebih membanyakkan online daripada buat keje kat tempat keje. Dah tu pulak tak de caruman KWSP dan Socso. Insuran, jauh sekali. Bagaimanapon itu bukan menghalang nek Liv utntuk menjalankan tugasnya dengan penoh rasa tanggungjawab dan dedikasi. Prinsip nenek Liv mudah saja. Bagi beliau, apa saja yang dibuat, biar dari hati. Ini kerana menurut beliau, apa yang beliau usahakan adalah satu hobi, bukan kerjaya. Oleh sebab itu lah nek Liv berjaya menjadi mbah dukon yang tersohor dan efficient dalam bidangnya.

Nek Liv memang pentingkan kualiti dalam menghasilkan produk-produk kesihatan dan kecantikan hasil rumusan diri sendiri dan juga berkat bersahabat dengan alam. Dia sangat tidak mempercayai produk-produk buatan yang dijual secara online dan offline, yang belom tentu lagi terjamin mutu dan keberkesanannya, terutama kepada produk-produk yang diambil murah dari China, tukar cap ayam jadi cap kuda kepang, pas tu boommmm jadi jutawan akibat kejahilan pengguna sendiri yang sangat mudah terjual oleh dakyah-dakyah tak berfakta ditambah pula dengan sikap malas mengkaji. Ini memang melanggar prinsip nek Liv yang sangat menitik beratkan kejujuran dah keihklasan dalam perniagaan. Biar tak berapa untung, biar tak dapat buat mahligai kaca atau istana, apa yang penting bagi nek Liv adalah mutu dan keselamatan pengguna. Tak perlu LV atau Versace, cukuplah dengan memakai selipar Jepon atau kasot Bata, dapat hidup dalam kampong terpencil dari kemunafikan itu dah sejuta nikmat bagi beliau. 

Pada suatu malam, sedang khusyok membuat ujikaji ramuan terbaru beliau untuk menghasilkan produk awet muda menggunakan herba-herba organik dan akar-akar kayu liar tanpa bahan pengawet dan parabens, dalam lebih kurang jam delapan 57 malam, pintu pondoknya diketok lembut. Tiada salam atau hello yang diberikan. Hanya ketukan lemah gemalai. Nek Liv yang dah masak sangat dengan kejadian sedemikian dengan gembira membuka pintu kerana dia tau ketukan itu adala ketukan rezeki. Mesti ada pompuan tengah menderita menahan sakit nak beranak, hatinya berkata.

Sejurus pintu dibuka, kelihatan seorang lelaki lingkungan awal 30 an berdiri di ambang pintu dirembang sore Jumaat itu.

 "Bini saya sakit perot. Dia cakap rasa cam kena sembelit."

Nek Liv menganggok lalu dengan segera mengambil perkakasan perbidanannya. Kemudian melangkahlah kedua makhluk berkenaan menuju ke penginapan lelaki tersebut. Menurut nek Liv, jejaka itu tak banyak bercakap tapi banyak terbatok. Sakit batok kot berikutan jerebu yang melanda negeri.

Agak lama perjalanan meredah onak dan duri, mata air dan kali, akhirnya sampai la dia ke teratak pasangan tersebot. Di dalam sebuah bilik terkangkangla seorang wanita dengan perotnya yang buncit. Wanita itu mengusap-ngusap busut di perotnya itu dengan penoh kasih sayang. Tapi tidakla wanita tersebot mengerang kesakitan apa lagi menjerit ayo pa, ayo ma, atau merintih mengada seperti mana yang sering digambarkan dalam filem-filem dan drama-drama melayu murahan bila scene nak terberanak dipaparkan. Wanita itu sebaliknya kelihatan relax dan mampu tersenyum.


"Dah masanya dah ni nek," ujarnya perlahan. Nek Liv menganggok tanda mengerti lalu menekan-nekan dan mengurut perot wanita itu.

"Sihat budak ni," ujar nek Liv.
 "Sekarang berak la, berak," sambongnya.

Faham dengan arahan nek Liv, wanita itu pon mula meneran dengan penoh yakin namon budak tidak la keluar. Lama mereka tetap mencoba. Hingga lakinya masok untuk membantu walhal dia bukan tau pon apa nak dibuatnya. Buat anak tau la dia.

Akhirnya setelah 46 minit 28 saat mencoba, nek Liv mula membaca mentera dan berzikir. Sebaik dia mengucapkan kalimah suci, menjerit pompuan tersebot seolah menganggong kesakitan maha hebat yang menusok jantongnya hingga ke ubon-ubon membawak ke tulang belakang, berakhir di ujung suara. Anehnya  laki dia turot menjerit sama, dalam intonasi, nada dan pitch yang serupa.

Bersambong Ke Minggu Depan...

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !