HHP 10 : Pertemuan Dengan Nenek

Ray FL
0
Perbincangan sesama mereka pada malam tersebut berdengung-dengung di fikiran Paku Tekan. Tak sabar dia nak melaksanakan tanggung jawab untuk menyelamatkan heroin cerita ni secepat mungkin. Lagi cepat lagi bagos, selesai cerita ni boleh la si antu Paku tumpukan kerja-kerja dia mengkaji binatang lain pulak. Dah naik mual asik melayan biawak zaman silam je. Si awek pon dah bersetuju untuk mengkaji tapir laut, bila cerita ni selesai.

Dipendekkan kisah, pada suatu malam, sewaktu sedang syok bergulong selepas leka menghibur dan melayan kehendak si heroin di kamar beradu baginda, dalam mimpi menjelma arwah nenek Paku Tekan dengan wajah gembira bercahaya. Si antu paku turut merasa excited, sudah begitu lama semenjak permergian ninda tercinta, hanya dua kali wanita luar dari kebiasaan itu pernah muncul di alam mimpi beliau. Lalu mereka pon mula beramah mesra melepaskan rindu di hati masing-masing. Paku Tekan sememangnya sangat mengagumi nenek tersayang. Baginya, wanita itu mempunyai semua ciri-ciri wanita idaman hatinya. Bijak, tabah, kuat, romantik dan lain-lain kualiti yang jarang-jarang ditemui dalam diri mana-mana spesis hantu pon, inikan pulak dalam kewujudan wanita biasa, dari spesis manusia. Banyak yang telah dia pelajari dari si nenek. Dari kerja-kerja dapur, kraftangan, muzik, pertukangan, perkebunan, dunia metafizik, metafora, metamorfosis, metabolisme, malah lagu Metallica juga diajar nenek. Wanita itu sangat mengemari lagu ‘Wherever I may Roam’. Menurut beliau, lagu itu mempunyai momentum dan nilai-nilai jati diri yang perlu difahami dengan akal yang sihat. Paku Tekan bersetuju dengan pendapat idola beliau. Malah lagu tersebut merupakan lagu pertama yang nenek ajarkan sewaktu mula-mula dia menjinak-jinakkan diri dengan enam tali.

“Tekan, lama dah nenek perhatikan kau dari atas sana. Nenek tau dan dapat baca semua gundah gulana dan konflik yang menyelimuti hati kamu. Ni lah nenek datang, kerana nenek rasa dah tiba masanya nenek berikan kamu khidmat nasihat sebelum kamu melanjutkan hasrat untuk meneruskan kehidupan di alam manusia biasa.”
Begitulah bunyinya mukadimah si nenek pada pertemuan mereka di tebing sungai tempat kegemaran Paku Tekan.
“Mari sini duduk dekat nenek.”
Paku Tekan menurut dengan patuh.

“Nampaknya kau jaga jam tangan ni dengan sangat baik, bangga nenek.” Tambah beliau sambil menepuk-nepuk lengan cucu kesayangannya itu.
“Mestila, ninda. Jam ni banyak dah berjasa pada saya. Tak akan saya tukar ganti.”
Si nenek tersenyum, berbesar hati dengan kesetiaan dan sifat rendah diri yang ada dalam diri cucu sulungnya itu.

“Tekan, nampaknya kamu dah menemui cinta sejati, kata omputeh true love cum soulmate... hmmm dan pada firasat nenek, hasrat kau untuk menjadi manusia abadi adalah keputusan terbaik demi meneruskan niat suci kamu dan Puteri Sanggol Terbalik... how I wish she would change that name.. heh...” ujar nenek sambil tertawa kecil bila menyebut nama penuh tuan puteri.
“Memang ada cadangan nak tukar bila saya pon dah tukar jadi manusia nanti, bila semua rancangan selesai dengan jayanya.”
Si nenek mengangguk, tanda mengerti. "Elok benarla tu," katanya.

“Gunakan potion peninggalan nenek tu dengan baik dan bijak. Tak menjadi masalah besar untuk kau mendapatkannya dari abah kamu. Aku kenal sangat anak aku tu, dia memang poyo tapi sangat mudah dipengaruhi. Ni nenek datang sebab nak bagi kamu satu idea. Nenek tau abah kau gatal sangat nak kawin tuan puteri tapi itu semua mustahil. Cinta puteri pada kamu sangat dalam, begitulah kalau mengikut gerak hati wanita nenek yang sangat peka dan halus. Baginda sanggup membunuh naga demi menyelamatkan cinta kalian berdua.”
“Saya tak sanggup kehilangan baginda, nenek. Pertama kali dalam hidup, saya merasakan cinta yang sangat tulus dan mulus, wangi dan berseri, lain benar rasanya, nek.”
“Nenek tau, dapat nenek rasakan. Tiap waktu nenek perhatikan kamu, nenek nampak perasaan kamu berdua. Very pure, like a love made in heaven.”
“That’s very true, nek. She has given me so much meaning within the confusions. I adore her, I truly do. To me, she is my responsibility. I won’t allow a tear shed from her eyes, unless the happy one.”
“Bila semuanya dah selesai Tekan, bawalah baginda jauh-jauh dari tempat ni dan mulakan hidup kamu berdua sebagai manusia biasa, baik kamu mahupon baginda. Kampong ni tak sesuai untuk kamu berdua. Lagi satu perkara, kamu kena faham dan selalu ingat, kamu dan tuanku puteri datang dari dua alam yang berbeza, cara hidup yang tak sama. Persoalan- persoalan pasti akan timbul nanti. Kalau tak ditangani dengan bijak, hal-hal tersebut akan membentuk masalah dan masalah akan menjadi kemarahan. Keakuan pon memuncak dan akhirnya harga cinta tergadai. Ini dah banyak berlaku bilamana emosi mengalahkan intelek. Perselisihan, sakit hati, tiada tolak ansur, selalu nak jadi yang betul dan menang. Ni semua salah dan bukan penyelesaian. Akibatnya, perkara yang sama akan berulang-ulang, tak akan berhenti. Elakkan ni selagi mampu. Dalam soal hati dan perasaan, jangan pernah abaikan otak. Bila kedua unsur ni bergabung, percayalah, ia akan membentuk satu ikatan yang paling kuat dan harmoni. Ideal. Satu ikatan yang mampu mengalahkan apa jugak elemen-elemen hitam yang tak akan pernah penat untuk cuba menyelinap dari semua sudut."

Kata-kata nenek diamati Paku Tekan dengan penuh perasaan. Dia merasakan semangat semakin berakar umbi dalam dirinya. Begitu termotivasi, hati si antu merasa sangat lapang dan tenang, shahdu. Dan hatinya semakin kuat mencintai Puteri Sanggol Terbalik.
Seperti dapat membaca fikiran cucunya, nenek antu paku menyambung hujah beliau.

"Puteri pujaan hati kamu tu dah biasa hidup mewah, senang lenang. Kamu kena faham yang baginda tak pernah ke dapur, senang cerita, memang tak reti masak. So, kamu kena ready kalau kamu teringin nak makan pucuk paku ke apa nanti, jangan terkejut kalau baginda tak kenal pon apa tu pucuk paku atau kangkung sungai. Ni cuma satu contoh terdekat, yang senang difaham, nenek bagi. Banyak lagi kalau nak dihuraikan satu persatu. Kamu gunalah otak sendiri, ye.”

“Itu saya faham sangat nenek, pernah saya terfikir jugak, camne bila dah kawin, dah bersekedudukan nanti...”
“Tapi nenek percaya, semua tu small matter je sebab kamu berdua jenis yang berfikir. Lagipon, awek kamu tu, bukan jenis perempuan yang tak pasti. Kamu berdua ada keserasian, ada things in common, di sinilah titik keharmonian tercipta. A team. A complement.”
“Camne nenek tau ni?” Teruja Paku Tekan mendengar kata-kata keyakinan yang disampaikan neneknya.
“Ingat apa yang penah nenek ajar pada kamu tentang metafizik?”
“Dunia di sebalik materi. Realiti, kewujudan, dunia sebenar. Energi yang tak terlihat. The seventh sense. Saya tak pernah lupa nenek.”
“Bagos cucuku, bagos. Asah dan gilaplah minda kamu berdua dengan rasa yakin dan percaya. Ini akan menguatkan hati. Dan jangan lupa amalkan makan buah delima jugak kismis. Kalau boleh buah zaiton, kurma dan anggur pon. Paku Tekan, bila kamu dah menjadi manusia, segala magis dan kelebihan yang kamu ada semasa berjasadkan hantu paku akan hilang. Kamu akan secara keseluruhannya menjadi manusia normal. Ingatlah selalu wahai cucuku, kehidupan seorang manusia amat berlainan sekali dengan kehidupan kita di demensi ini. Manusia, dalam definisi lain bermakna kejahilan, kelalaian, kesesatan, lemah, tamak haloba, iri hati, dengki, nafsu, jumud, penuh syak wasangka. Banyak yang negatif tapi ingat selalu, Tekan... dalam setiap diri manusia ada dua elemen. Jahat dan baik. Macam setan dan malaikat la. So, dalam apa jugak masalah, kekeliruan dan konflik yang dicubakan atas diri kamu nanti, cubalah... cuba sekuat tenaga kamu untuk mengalahkan elemen jahat itu.”

Paku Tekan memandang wajah neneknya, mendengar setiap ucapan dengan penuh minat. Setiap satu patah perkataan yang keluar dari mulut nenek ditelan dan dihadam dengan penuh rasa percaya sebelum disimpan rapi dalam minda.

“Saya akan lakukan yang terbaik, nek. Saya nak jadi yang terbaik untuk semua orang. Untuk abah dan mak, untuk keluarga saya. Untuk tuanku puteri. Saya nak jadi seorang yang dapat membanggakan semua.”
Sambil menggosok-gosok bahu sang cucu, si nenek yang masih tersenyum bangga lalu terus berpesan,
“Jangan pernah cuai dalam menjaga hati kekasih kamu. Wanita mudah terusik dan fikiran mereka adakalanya pelik sikit. Especially awek kamu tu... dari pemerhatian nenek, kata-kata dia selalu bermetafora. Kalau dia cakap ungu, maksudnya, merah dan biru. Kamu kena peka ni.”
“Faham nek. Dan saya akan selalu cuba memahami Puteri setiap hari tanpa rasa jemu. God, she’s so special. I never thought that love could be this beautiful.”
“It is. Undeniable, it is. Love is wonderful. But only true hearts will witness and feel its magic.”

Dalam maksud si nenek, Paku Tekan, dengan seluruh tenaga cuba menyerapkan unsur-unsur murni itu ke dalam darahnya, membawa terus ke dalam hati, jiwa dan telah menghubungkan sel-sel otak dengan begitu efektif sekali.

“Saya akan selalu ingat pesan nenek. Kalaulah kita boleh berkomunikasi macam ni hari-hari.... saya betul-betul rindukan nenek.”

Terasa pedih mata dan perit di tekak, lalu Paku Tekan membiarkan airmatanya tumpah satu persatu. Dia pon memeluk nindanya untuk menghilangkan rindu.

“Anytime you need me, seru je nama nenek tiga kali, kalau nenek tak de hal kat atas sana tu, nenek datangla nanti jenguk-jenguk kamu. Kalau nenek tak show up tu faham-faham je la, nenek busy. Maklomla, hidup kat sana lagi best dari kat sini.”
“Jadi apa yang perlu saya lakukan nenek? Apakah yang terbaik? Niat saya tulus ikhlas nak hidup bersama puteri, saya nak bagi dia semua kasih sayang yang terwujud dalam dunia ni. Harap-harap usaha kami untuk menumpaskan niat gatal dan jahat abah akan membuahkan hasil yang membanggakan.”
“Nenek betul-betul faham, nenek faham, cu. Apa yang kamu kena buat sekarang ialah convince abah kamu untuk menakluk semua harta kekayaan kedua-dua jajahan dengan penuh bergaya, bukan dengan secara membabi buta. Kedua-dua kerajaan Jajahan Kerajaan Langit Tanpa Malam dan jugak jajahan Kerajaan Malam Tanpa Langit. Ni baru betul, percayalah cakap nenek. Baru ada gaya, mutu, keunggulan, lu cakap sama dia.”

Paku Tekan semakin keliru... apa maksud nenek, namun si nenek maintain dengan senyum simpolnya.
“Kamu akan faham dan mentol akan menyala kat kepala otak kamu sebaik saja kamu bangun pagi esok. Selepas bakal isterimu gosok gigi. First thing in the morning. Auf wiedersehen, meine geliebten Enkelin. Ich vertraue dir.”

Dengan ucapan itu, lenyaplah si nenek dari mimpi dan Paku Tekan pon tersedar dari lena. Dia melihat wajah tenang kekasihnya yang masih nyenyak beradu. Angin sepoi- sepoi bahasa menerjah masuk dari pintu balkoni yang dibiarkan terbuka. Katak air masih belum balik, dah lapan malam dia bermalam di rumah Katika. Paku Tekan tersenyum sendirian bila memikirkan tentang kedua sahabatnya yang mungkin sibuk dengan projek penghasilan katak air kacukan Kazakhstan - Malaysia.

“Untuk kita, sayang...” ucapnya perlahan ke wajah Puteri Sanggol Terbalik. Seekor nyamuk tiruk muncul secara illegal macam pendatang haram dari seberang ke ruang kamar, ingin mengambil kesempatan menghirup darah si awek. Serangga tersebut hinggap di lengan baginda yang halus mulus, putih kemerahan, lalu Paku tekan dengan segera menepis nyamuk tersebut.

“Sial betul, sesuka hati moyang kau je nak gigit awek aku. Shuuuuhhhh, shuuuuhhh, berambos dari sini. Celaka punya nyamuk.” Paku Tekan menyumpah seranah sang nyamuk yang tak tahu apa-apa, sekadar memenuhi keperluan hidup, untuk mendapat setitis darah demi meneruskan hayat. Secara tiba-tiba, timbul kesedaran bila kata-kata nenek bergema dipendengarannya.

“Cubalah... cuba sekuat tenaga kamu untuk mengalahkan elemen jahat itu.”
Rasa bersalah kerana memaki nyamuk tadi pon serta merta muncul dalam kewarasannya. Namun begitu, nyamuk tiruk yang masih tak berputus asa terus berlegar-legar di atas kepala tuanku puteri, dengan bunyi yang cukup menyakitkan hati. Dengan memanfaatkan kelebihannya berbahasa alam, Paku Tekan pon cuba berdiplomasi dengan sang nyamuk.

“Wahai sang nyamuk tiruk... aku tak sampai hati nak bunoh engkau. Pergilah kau dari sini, jangan ganggu kekasih hati hamba lagi. Biarkan baginda tidur dengan aman.”
“Tapi aku lapar... laki dan anak aku mengharap makanan di rumah.” Jawab sang nyamuk dalam nada sedih.
“Aku faham tapi aku mintak jasa baik kamu, tolonglah jangan kau curi walau setitis darah kekasihku ini. Kau ambillah darahku sebagai ganti. Berikan kepada anak dan lakimu.”
“Darah kau tak sedap, darah antu paku, kale ijau tak best. Kami suka darah manusia, merah. Nak nak lagi darah dia ni, fuhhhhhhhhhhhhh manis, gua cakap lu.”
“Jangan cuba perlekehkan kata-kata aku. Kalau aku nak sekarang jugak aku boleh tenyeh-tenyeh kau sampai lumat bagi katak makan. Kau nak?!!!! Daripada anak dan laki kau menangis kelaparan, kau sanggup tengok dorang menangis atas kematian kau di tangan aku? Hah?????!!!!!” Paku Tekan mula rasa marah dengan sikap acuh tak acuh sang nyamuk lalu dia menepis dan menggengam nyamuk tersebut dalam tangannya.
“OK, OK, brother. Jangan bunuh aku, please. Aku janji tak akan kacau awek kau lagi. Tolong jangan lenyek aku. Aku tak sanggop biarkan laki aku jadi balu dan anak-anak aku jadi anak yatim. Aku janji, aku janji... lepaskanlah aku, antu paku. Aku janji tak akan ganggu korang lagi, sampai ke anak cucu cicit, tujuh keturunan, aku tak akan biarkan keturunan aku mengganggu keturunan kau, itupon kalau kau dengan dia ni ada keturunan nanti.”

Dalam merayu-rayu sempat lagi sang nyamuk menyindir. Paku Tekan merenung keras ke muka nyamuk yang agak poyo itu. Cengkaman tangannya turut dikuatkan.
“Sorry, sorry, aku memain je tadi... sorry... aku harap kau dan tuanku puteri akan dikurniakan ramai anak yang comel-comel dan bijak. Please, Paku Tekan, lepaskanlah aku... aku janji, aku tak buat lagi.” Kali ini sang nyamuk kedengarannya cukup insaf, jadi Paku Tekan pon membawa dia keluar ke balkoni.

“Kalau kau datang lagi dan mungkir janji, percayalah, kau akan menyesal nanti. Aku akan panggil pest control, fogging kampung kau tiap minggu. Pegang cakap aku ni.”
“Pest control? Fogging? No, no, no... please don’t do that, Tekan. Aku janji. Aku janji.”

Dengan rasa percaya, gabungan sifat perikemanusian dan perikehantuan, Paku Tekan pon melepaskan si nyamuk tiruk terbang ke luar, mencari rezeki di tempat dan mangsa yang lain. Tersenyum puas hati, dia kemudiannya membaringkan diri di sebelah sang kekasih, menatap wajah tenang itu dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang sejati.

~~~~~

Matahari lembut memancar cahayanya dari celah-celah tabir bersama udara pagi yang segar. Jam tujuh setengah. Paku Tekan yang terlebih dahulu bangun sedang duduk menatap muka lawa bakal bininya yang mendepakan tangan, menggeliatkan badan, macam kucing yang terjaga dari tidur bila tikus melintas jalan.

“Buenos días, mi amor.” Ucap Paku Tekan bersama sebuah kucupan ringkas di dahi.
“Nyenyak tidur?” Puteri Sanggol Terbalik mengucup mesra pipi Paku Tekan lalu merangkul tubuh kekasihnya itu, merehatkan kepala baginda di dada sang hantu.
“Nyenyak sangat. Sejak tuan hamba menemani setiap malam beta, tidur beta semakin berkualiti sebagaimana hidup beta juga. Sayang...”
“Hmm, tell me.”
“Pelik, malam tadi tuan hamba tak datang dalam mimpi beta, mengapa ye?”
“Malam tadi hamba ada je kat tempat biasa kita jumpa dalam mimpi...” jawab Paku Tekan, cuba merahsiakan pertemuannya dengan nenek malam tadi.

“Ye, betul, beta ada kat situ... beta nampak tuan hamba, tapi rasanya ada orang lain bersama-sama kita dan tuan hamba tak pedulikan beta sangat.... atau apa ye.... hmmm entah la beta tak ingat. Pelik...”

Paku Tekan tersengih. Dia sebenarnya dapat mendengar apa yang tuan puteri katakan dalam hati.
“Aku rasa macam ada awek lain je yang berborak dengan kau kat sungai tu malam tadi. Entah betina mana kau bawak dalam mimpi...” Begitulah yang Paku Tekan dengarkan dari hati baginda puteri.
“Sayang, jangan serkap jarang. Tak pernah ada perempuan lain selain tuanku. Pertama. Terakhir. Selamanya. Takkan dengan nenek hamba pon sayang nak jeles?”
“Nenek?!” Separuh terkejut bercampur sedikit rasa funny bila teringat yang sang kekasih ada kuasa mendengar yang ultra sensitif, Puteri Sanggol Terbalik mengangkat wajahnya dari dada Paku Tekan lalu menongkat kepalanya dengan tangan kanan, menatap muka sang kekasih yang tak lekang dengan senyuman.

“Ye, nenek mertua sayangla, siapa lagi. Malam tadi beliau muncul dalam mimpi patik sewaktu kita sedang bercinta di tepi sungai. Maaf sebab kehadiran nenek dengan tak disangka-sangka dah mencuri waktu asmara kita.”
“Ehhh tak pe, tak pe, sayang... beta tak kisah kalau nenek yang datang. Tapi kalau perempuan lain, nahas kau.... hmmmmm.” Jawab anak raja yang manja itu sambil mencubit kecil lengan si antu paku.
“Lama tak mimpi nenek... rindu.”
“Beta faham... samalah dengan beta, rindu dengan Allahyarham dan Allahyarhamah ninda. Dulu masa beliau berdua masih ada, mereka selalu manjakan beta, selalu bagi perhatian, tak macam  ayahanda dan bonda yang leka dengan dunia material mereka. Hmm, anyway sayang, Khazi tak balik-balik lagi?” Tuan Puteri bertanya bila beliau melangkah ke tingkap, memeriksa bakul kecil tempat katak air beradu.
“Belum lagi, sayang. Hari ni kot. Nanti dalam perjalanan balik patik jenguk-jengukkan.”
“OK. Besar projek dorang berdua tu.” Sambut tuan puteri sambil mengenyitkan matanya kepada Paku Tekan.
“Tunggu kejap ye, biar beta pergi gosok gigi, siap-siap dulu,” baginda menambah sebelum memusingkan badannya, berjalan menuju ke kamar mandi. Paku Tekan merasa semua bulu yang dia ada merinding secara serta merta bila si puteri raja melenggok menggoda begitu.

Sewaktu menunggu tuan puteri menyiapkan diri, Paku Tekan berdiri di balkoni, menatap langit.
“Kerajaan Langit Tanpa Malam dan Kerajaan Malam Tanpa Langit. Hmm... hidup ini akan sentiasa terang benerang, sentiasa hidup, bergerak jika langit seluas ini tidak bermalam. Dan malam tanpa langit...macam mana pulak jika malam tak ada langit. Berlubang, kosong, bertambah gelap, malap... apa maksudnya ye? Hmmm... kalau malam tanpa bintang ke tanpa bulan ke atau langit tanpa polusi ke, paham la aku... ni malam tak de langit, camne bintang bulan nak ada..." Si antu paku berkata-kata pada dirinya sendiri, cuba memecah kod rahsia yang neneknya isyaratkan malam tadi dalam mimpi. Dia pon mula memerah otak, cuba memahami maksud tersirat. Mendongak lagi ke langit, kelihatan sekawan burung sedang berterbangan bebas. Paku Tekan lantas mengira dengan jari.

"Hmmm... satu, dua... tiga... empat, lima... enam... hmm enam ekor burung terbang sekawan, nampak macam gembira je."

Dia membuat kesimpulan. Langit biru ditemani tompokan awan kecil melengkapkan pemandangan yang sungguh indah menyegarkan mata. Burung-burung tersebut terbang semakin jauh dari padangan mata Paku Tekan.

"Kalau malam tak ada langit, maknanya siang pon tak ada langit la... apa jadi, kalau bumi tak ada langit? Ahhh, no, no. Aku percaya ni semua simbolik je. Mesti ada maksud lain, tapi apa benda?"

Dia kemudiannya melangkahkan kaki ke satu sudut lain balkoni, ke arah sungai yang dikelilingi pohon-pohon segar menghijau, ke arah bukit-bukau, manusia di sana-sini, yang sibuk dengan urusan duniawi masing-masing. Dari tingkat tiga istana, dapat dilihat dengan jelas pelabuhan tempat kapal-kapal berlabuh. Tempat manusia menukar beli barang dagangan dan tentu sekali pohon rendang itu... itulah pokok tempat dia menghabiskan setiap petang meniup seruling dan di situlah lokasi kejadian, di mana kali pertama dia menyaksikan satu keajaiban Tuhan yang tak terkata indahnya. Di situ dan pada suatu petang itulah, beberapa bulan yang lepas, hatinya mula mengagumi Puteri Sanggol Terbalik.

Sayup mata memandang, betapa indahnya laut tak berpenghujung yang bersinar kebiruan, memantul warna langit. Tergaris di horizon, percantuman langit dan bumi. Tercantum di permukaan air...

"Well, well, well... I think I got it. Ohhhh...nenek, yes!!! Sekarang saya faham. Saya faham. Yes, I got it!!!” Melonjak gembira Paku Tekan bila kata-kata si nenek mula menerjah masuk dalam akal fikirannya dengan begitu licik dan licin sekali, hasil penaakulan mantik yang dilakukannya sebentar tadi.

“Sayang... beta dah siap.” Puteri Sanggol terbalik menghampirinya dengan senyum lebar, memancarkan kilauan gigi baginda yang putih berseri. Cahaya yang terpantul dari gigi baginda secara automatik telah menyalakan mentol di kepala Paku Tekan.

“Sayang... Sekawan burung yang terbang, mereka menuju satu destinasi.” Dia merangkul erat tubuh tuan puteri sehingga baginda merasa heran.
“We’ll make, sayang. We’ll make it.”
“Apa yang sayang fikir ni?” Si awek melepaskan pelukan, memandang wajah kekasihnya, dahi baginda berkerut kehairanan.
“Diri kita ada tiga unsur. Fizikal, mental, spiritual. Unsur-unsur inilah yang membentuk tenaga dalaman kita, betul?”
“Ye, betul la kot... hmmm kenapa ni sayang? Pelik je... Burung apa yang terbang sekawan, dorang nak g mana reramai tu?”
"Hahaahaa..." Paku Tekan mentertawakan pertanyaan aweknya yang masih musykil, memandang muka sang kekasih hati, meminta penjelasan.

“Kita. Kitala burung yang terbang tu, menuju satu destinasi. Fizikal, mental, spiritual, membentuk tenaga dalaman dan kita sedang melaluinya. See sayang, pernah tuanku terfikir mengapa tuanku boleh melihat patik sedangkan manusia lain tak boleh?” Puteri Sanggol Terbalik tidak menjawab sebaliknya mata baginda tepat merenung wajah excited kekasihnya itu, meminta untuk diberikan penjelasan lebih lanjut.

“Sejak date pertama kita, sayang tak sedar, patik selalu ada dengan sayang. Malam tu, lepas date kita yang pertama, sayang ada mimpi patik, betul?” Si awek menjawab dengan sebuah anggukan.
“Dan merasa sangat happy, luar biasa bila bangun dari tidur keesokkan harinya dan begitulah juga pada hari-hari seterusnya.”
“Betul sayang. Beta rasa bersemangat, rasa kuat cam badang lepas date pertama kita malam tu. Beta rasa lain... hmmm, tak taulah nak explain camne sayang... lain.”
“Ingat tak malam ballroom dance tu? Patik tergesa-gesa nak balik... lepas patik cabut, si Slash tu tarik tangan sayang, ajak menari tapi sayang lari ke bilik. Katak air ikut... sayang hempas pintu pastu sayang menangis... air hidung sayang meleleh, katak air bagi tisu... pastu sayang tanya Khazi, samada patik akan datang kat sungai tak pukul empat pagi... ingat tak?”

“Ingat, darling, ingat. Semua beta ingat, tak pernah beta lupa...”
“Sayang tak heran ke, camne katak air boleh sure sangat yang patik akan g jumpa sayang kul empat pagi tu?” Tuan Puteri menggeleng.
“Sebab patik ada kat situ dan patik suruh Khazi cakap kat sayang, patik akan datang, confirm datang.”
“Jadi sayang memerhatikan beta selama ni?”
“Semenjak cinta bertahta dalam hati... yes, my baby.”
“Dan date kita kul empat pagi tu dah berjaya membongkar rahsia sayang selama ni... sejak sayang bertukar jadi hantu paku pagi tu... sejak dari tu beta mampu melihat sayang dalam jasad sebenar... sedangkan selama ni beta tak pernah nampak apalagi merasai kewujudan sayang di sekeliling beta.”
"Excellent, amor."
“Sebab masa tu beta hanya tahu sayang tu Kurt Cobain. Itu je. Mind set.”
"Bingo. Tapi sayang dah berjaya lakukan lebih dari tu sejak malam tersebut.”
“Beta dah menggunakan tenaga dalaman beta tanpa beta sedari...”
“Double bingo, mi amor. Ingat tak patik main seruling untuk sayang sebelum kejadian?”

Puteri Sanggol Terbalik memegang dagunya, berjalan perlahan-lahan sambil dahinya berkerut, memikir. Otaknya mula menganalisa satu persatu peristiwa dan cuba menyatukan setiap kejadian.
“Hantu dan jin wujud secara tidak nyata sebab dorang ni tak terikat kepada jisim, graviti bumi. Dorang bebas daripada ikatan karbon, molekul dan zarah, ini termasuk dalam elemen ghaib tapi boleh diukur menggunakan gelombang bunyi dan gema."

Baginda melirik mata ke arah kekasih yang setia mendengar dengan tekun. Lalu baginda menyambung ulasannya.

"Kalau kita kaji dari sudut sains pulak, dorang ni dapat dikalahkan dengan cecair gas nitrogen, ais, garam mentah, oksigen, cahaya, karbon dioksida, frekuensi kurang satu Hertz dan bau wangi, manakala cuka, benda-benda yang cepat busuk,  high fibre and high sodium content, gas beracun, things that are easily oxidized, bau busuk, kotoran dan najis memang suka sangat la dorang benda-benda kotor camtu."

"Teruskan sayang, this is super exciting."
"Humans, on the other hands, are made up of tiny particles that make up atoms or elements of all things, and vary in each case, what they have in mind, for instance, their likes and dislikes.”
“Triple bingo, sayang. ” Paku Tekan bertepuk tangan tanda gembira dan bersetuju dengan summary yang dibentangkan si kekasih. Ini telah menimbulkan keterujaan kepada sang puteri untuk melanjutkan keterangan beliau.

“Dan jika kita fahamkan konsep gelombang elektromagnetik yang mempunyai kesan radiasi, ini menghubungkan fakta dengan lokasi kejadian, di mana air sungai telah memainkan peranan sebagai cermin, menyerap masuk unsur tersebut, sebab tu beta tak ada rasa takut bila sayang berubah menjadi hantu. Kerana bila ion positif bertemu ion positif, ini mampu melemahkan hantu dari mencederakan beta kerana hantu juga terbentuk dari ion positif.”
“Jackpot! Sayang memang bijak, bercahaya. Otak bergeliga boleh buat batu cincin. Ni yang buat patik makin sayang, makin cintakan tuanku. Jom kawin...”

“Dari segi sains, sayang tak ada langsung ciri-ciri yang dua tu...”
“Betul tuanku, selain dari rasa cinta yang dalam terhadap tuanku... See, mi amor, tenaga dalaman kita sedang berinteraksi antara satu sama lain dan inilah hasil tindak balas kimia tersebut.  Amor, I'm so happy, really, really happy. Sekarang patik rasa lebih berkeyakinan untuk berdepan dengan abah dan mak dan berterus terang tentang semuanya kepada beliau berdua. Sayang, masa depan kita berdua ada dalam genggaman kita.”
“I couldn't agree more, my precious.”

Mereka pon saling bertatapan. Tangan hijau Paku Tekan merangkul pinggang ramping tuan puteri sementara si anak raja dengan manjanya merangkul leher anak antu dengan lentokan seksi semulajadinya.

“It is not in the stars to hold our destiny but in ourselves.” Anak antu paku mula berfalsafah.
“Destiny is not a matter of chance. It is a matter of choice. It is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieved.” Anak raja memang asik nak menang je, tak nak mengalah.
“The future belongs to those who prepare for it today.” Anak antu paku terus meyakinkan.
“And it starts today, not tomorrow.” Anak raja menerima tanpa keraguan.

“Aku sayang kau, bambi,” ucap Paku Tekan dengan penuh rasa cinta dan harapan yang terpancar di matanya, datang dari jiwa, seikhlas hati yang tulus dan suci.
“Kau buat aku tersenyum dalam apa juga keadaan. Ini akan kekal, peganglah kata-kata beta.”

~~~~~

Seperti yang telah dijanjikan, Paku Tekan singgah di rumah Katika sewaktu perjalanan pulang dari istana. Kedua katak air sedang berehat-rehat menjemurkan diri di bawah pokok keladi.

"Amacam kawan, ada baik ka?" Sapa Paku Tekan dengan ceria.
"Very impressive, dude. Hahaha..." Jawab si katak air.
"Berapa lama lagi agaknya?"
"Kira-kira enam hari hingga dua puluh satu hari lepas fertilized mengikut metamorfosis katak biasa. Katak air macam kami ni, biasanya kurang dari tu. Lepas developement, amik tujuh ke sepuluh hari. Hehe, dah tak sabar ke kawan?"

Tersengih Paku Tekan bila si Khazi mengusiknya. Memang dia dah tak sabar untuk menempuh alam rumah tangga dengan tuanku puteri.
"Sabarlah, tak lama je lagi," Katika pula mencelah.
"Puteri tanya kau tadi, dah lapan hari kau tak balik."
"Yelah, hari ni memang aku bercadang nak balik, nak bawak Katika sama. Malam karang kau ada kat sana cam biasa, kan?"
"Yup, mestilah... mana boleh tahan, rindu... ni pon kalau bukan pasal beliau ada hal dengan mak abah beliau, sanggup aku duk berdaulat kat bilik tu mengadap muka beliau."
"Hehehe, mengadap muka je ke? Benda lain kau tak hadap?"

Mereka bertiga ketawa besar mendengar usikan si Khazi. Sememangnya semenjak identiti diri dikenal pasti, mereka jarang berdating di sungai lagi. Paku Tekan lebih merasa selamat jika tuanku puteri hanya duduk di bilik menanti kehadirannya setiap malam. Kalau rasa nak keluar ke sungai baru mereka keluar atau sekadar terbang melayang, melihat-lihat keindahan malam sambil bermain di awan. Bahagia. Inilah erti kebahagian yang sama-sama mereka berdua pelajari semenjak cinta telah mengikat hati masing-masing.

Sedang mereka rancak berbual, dengan tak semena-mena datang Paku Payong tanpa diduga. Tak pernah si Paku Payong menjelma kat sungai tu siang-siang buta macam ni. Tapi pada hari itu dia muncul, dengan nafas tercungap-cungap macam kena kejar babi tonyok. Mukanya pucat, jerawat yang semakin berkurangan pon hampir tidak kelihatan lagi.

"Ha, apahal kau?" Paku Tekan bertanya. "Menggelabah semacam je, apa kena?"
"Khazi, Katika, Tekan... aku dan Cleo dah amik keputusan nak jadi manusia."

Dengan nada tak cukup nafas, Paku Payong pon menyampaikan niatnya. Berita yang didengar agak mengejutkan. Tak ada angin, tak ada ribut, tetiba je si Paku Payong dengan Cleo buat keputusan. Paku Tekan masih ingat, pernah adiknya menyatakan dulu yang dia lebih selesa tinggal di kampung ni, kekal menjadi antu bertemankan aweknya yang pelik tu.

"Ni muktamad ke gimmick je ni?"
"Ni pasti, kak. Tak ada yang lebih pasti dari yang ni."
"Apa sebab ni Payong, tetiba je..." Tanya Katika, meminta si adik menceritakan hal sebenar.
"Aku dah betul-betul pasti bahawa Cleo adalah cinta abadi aku. Aku tak akan biarkan sesiapa pon merosakkan cinta kami."
"Ye, ye, sejati ke abadi ke, tu belakang cite la, ni apa kes sampai ko buat keputusan drastik camni?"

Belom pon sempat Paku Payong menceritakan hal yang sebenar-benarnya, datang pulak Cleo dengan ari mata masih bersisa di matanya.
“Cleo baby, don't cry, darling. I promise, everything will gonna be alright.”
Dengan pantas Paku Payong mendapatkan kekasih peliknya itu lalu mendakap beliau ketat-ketat.

“Jangan tinggal aku, darling. Aku rela mati dari hidup tanpa engkau.” Cleo terus menangis dan menangis. Katika, Khazi dan Paku Tekan saling bertukar-tukar pandangan sesama sendiri menyaksikan drama dua ekor hantu berlainan spesis tersebut.
“Wait, wait... kalau korang berdua pon nak jadi manusia, habis camne dengan aku dan awek aku? Potion tu ko ingat berapa orang leh pakai? Ni kena kasi clear, sis. Aku tak nak sebab masalah kau, semua rancangan masa depan aku dengan awek aku tergadai.”

Paku Tekan mula merasa bengang dan panik.
“Kalau macam ni, hutang kau yang dah masuk 8 ribu pound sterling tu terpaksa aku gandakan kadar riba dia sebanyak 80%.” Bentak Paku Tekan dengan penuh geram.
“80% banyak sangat kot tu, bro. Pesal ko tak hantam 100% teros kan senang nak kira?” celah Khazi yang turut merasa sedih melihat drama airmata Cleo dan Paku Payong.

“Berapa botol abah ada?”
“Aku tak tau berapa banyak dia ada potion tu, aku lupa nak tanya mak aritu, tapi tolonglah, Tekan. Hanya dengan menjadi manusia aku dan Cleo dapat lari dari masalah ni.”
“Apa masalah sebenarnya, Payong, meh story kat kami semua  pelan-pelan. Take a deep breath. Tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan. Benda boleh dibawak berbincang, jangan panik,” pujuk Katika, cuba menenangkan hati kawan-kawannya yang dah dianggapkan saudara.

“Kau pon bawak-bawak relax Tekan, dengar dulu. Kemudian sama-sama kita fikirkan, carik jawapan,” Khazi menguat kukuhkan fakta sang kekasih hati.
“Sebenarnya, kami berdua kantoi malam tadi masa tengah sedap-sedap beromen. Bapak dia ni ntah camne bukak pintu... apalagi ngamuk sakan la beliau. Habis keluarga kita dihinanya.”

Penerangan yang dibuat Paku Payong mendapat ketawa besar dari kakak kandongnya begitu juga dari kedua katak air dua sejoli tersebut.
“Bongoknya, apasal tak kunci pintu?” Tanya Paku Tekan sambil memegang perot, menahan ketawa.
“Yang korang pon dan tau nak beromen, lain kali g carik hotel la...” Sambut Khazi masih juga masih ketawa, begitu juga Katika yang ketawa sampai keluar airmata.
“Apsal la ko tak bawak dia balik rumah je, rumah kita line sentiasa clear, aduh mak aiiii, korang ni memang saja carik hal la. Ni la namanya tak de beban batu digalas. Tengok sekarang, sape yang susah, aku gak. Abih camne sekarang ni?”
“Mana kita orang nak lari, Tekan. Korang pon tau bapak dia ni pengaruh kuat, mana-mana pon ada balaci dia. Tolonglah... kitaorang betol-betol terdesak ni. Bagilah aku peluang jadi manusia, kak. Tolonglah...” Paku Payong merayu-rayu. Cleo masih tersedu-sedu sambil memandang ke muka akak iparnya, meminta simpati.
“Tak taula aku nak cakap apa... aku tengah happy happy, baru nak rasa bahagia dah camni pulak jadinya.”
“Kurang-kurang pon kena tunggu tiga empat minggu sampai telor tu jadi berudu, nak buat sekarang camne, lainlah kalau korang sanggop harapkan katak lain bagi berudu sulong dorang, itu pon kalau dorang tu ikhlas nak tolong. Kalau tak, sia-sia...” Khazi membuat ulasan ringkas mengenai syarat-syarat yang melibatkan berudu sulong.

Sementara jauh di sudut hati Paku Tekan merasa sangat sedih. Dia merasakan harapan dan impiannya untuk membina masa depan dengan Puteri Sanggol Terbalik hanyalah khayalan belaka, jika dia sanggop mengorbankan semua impian tersebut demi kasih sayangnya terhadap si adik. Terlalu sedih hingga tak sedar, airmata menitis satu demi satu dari matanya yang jernih hijau kemerahan.

“Excuse me... later...”  Ujar paku Tekan perlahan, menahan sebak di dadanya, terpaksa meminta diri, demi melindungi sedih hati. Dia lalu membawa diri jauh ke awan... Dia memilih awan paling cantik, awan kegemaran Puteri Sanggol Terbalik. Di situ dia duduk, memikirkan pergolakan hidup yang dikiranya telah hampir ke kemuncak bahagia, namun tak semena-mena ada aje dugaan yang datang menguji ketabahan dan kesabaran hati.

Jauh dari atas awan, dia melihat adiknya mengambil tangan Cleo dan membawa anak Siamang Ghost itu terbang entah ke mana.

“Menang troublemaker. Dua-dua ekor sama je.” Dalam hati dia masih merasa geram.

Sementara itu, masih di payungi pokok keladi, dapat Paku Tekan mendengar dialog sahabatnya yang kini berbahagia dengan katak idaman hati.

“Tak patut Paku Payong buat cam tu kat Tekan,” terdengar Katika menyuarakan pendapatnya selepas babak itu tadi. Khazi mengeluh.
“Kita bantu apa yang mampu. Aku pon tak setuju dengan tindakan dorang berdua, bukan dorang tak tau camne kuatnya Paku Tekan dah berusaha demi cinta dia terhadap tuan puteri, siap dengan risiko-risiko lagi.”
“Tapi aku yakin ada jalan untuk selesaikan masalah dorang ni,” balas Katika dengan yakin.
“Maksud kau?”
“Maksud aku tulah dia, aku yakin ada jalan selesaikan masalah ni, kau nak maksud apa lagi?”
“Potion tu... sekarang kita kena pastikan potion tu, sebotol berapa orang leh pakai. Tapi takkan lah sebotol tu sorang je kena ngap, kan? Bukan aritu Paku Tekan cakap makan tiga sudu teh je... dengan tiga helai daun keladi bunting lecek berserta tiga ekor berudu sulung. Kau tengok telor kita tu, berapa banyak ada, semua sulung. Satu sudu teh kalau ikut ukuran metrik baru 5ml. Potion tu ada berapa ml? Kalau satu antu kena makan tiga sudu teh, baru 15 ml. Kalau dua orang baru 30ml. Katalah potion tu 100ml, memang takde masalah, kan? Berlebih lagi.” Khazi membuat kira-kira.

Memang logik idea Khazi tu, hati Paku Tekan kembali berbunga bahagia walaupon masih ada kesangsian dalam hati kerana dia tak pasti berapa ml potion tu sebenarnya. Seingat dia, botol tu tak la besar mana pon, boleh selit celah perot bapak dia je. Tapi ada kemungkinan lebih dari 30ml, begitulah hatinya memberi jawapan untuk memenangkan perasaan sendiri yang sedang kucar kacir dengan masalah yang dibawa oleh adik.

Dia memerhati sudut yang lain pula. Kelihatan Puteri Sanggol Terbalik sedang bergembira dengan latihan memanah di padang yang terletak di belakang istana. Hati Paku tekan berbisik, “kalaulah baginda tau tentang hal ni, pasti baginda kecewa dan sedih.”

Sebaik saja kata-kata itu terlontar dari hati kecilnya, dengan jelas dapat dia dengar sang puteri berbicara sendirian.

“Tekan, beta sangat merindui tuan hamba... tak sabar beta nak jalani kehidupan seharian kita bersama, setiap masa. Berlari, berkejaran, berkuda, memanah bersama macam ni... biarpon kaki kita tak mampu lagi memijak awan, beta percaya kaki kita akan menjejak bulan. Beta cintakan tuan hamba, Paku Tekan. Kaulah erti untuk setiap degup jantungku.”

Mendengar kalimah-kalimah tersebut, mengalir deras airmata Paku Tekan dengan keluhuran cinta  Puteri Sanggol Terbalik. Siapa yang mampu dan sanggop menghadiah cinta sesuci ini? Terdetik di fikiran Paku Tekan, dia bersetuju bahawa cinta sejati datang hanya sekali dalam hidup. Tak akan pernah ada tukar ganti. Jadi, hargailah dia yang tulus mencintaimu, kerana cinta sejati itu, bila hilang ia tak akan pernah muncul-muncul lagi walau jauh mana pon dicari.

“Nenek... kalaulah nenek mendengar ketika ini... Oh Tuhan, kuatkanlah hambamu dalam menempuh cubaan ini. Aku percaya ada hikmah di sebalik tiap persoalan hidup dan persoalan-persoalan inilah yang akan memadatkan kekuatan mentalku, mengukuhkan prinsip dan jati diri, menjadikan aku, diriku yang sebenarnya.

Sanggol Terbalik... kaulah semua kekuatan yang aku ada. Semua energi murni yang kau berikan telah bergabung dengan energi-energi positif dalam urat saraf dan jiwaku. Hati, yakinlah bahawa yang terjadi akan tetap terjadi. Percayalah pada janji untuk setiap ujian yang dicubakan ke atas dirimu. Ujian itu bukan satu mimpi, ia adalah realiti yang akan membawa aku ke satu dimensi abstrak, yang lebih nyata, lebih abadi dan sempurna.”
“To have a good friend is one of the highest delights in life; to be a good friend is one of the noblest and most difficult undertakings."

BAB 11

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !