Ketukan Rezeki 2

Ray FL
0
Nek Liv sangat terkejot dengan kejadian yang tak pernah sekali menimpa dia dalam sejarah perbidanan. Inilah kali pertama beliau mengalami pengalaman sebegitu di mana laki bini menjerit sewaktu proses meneran dijalankan. Jeritan pasangan tersebut amat nyaring dan panjang. Si suami sampai tergolek-golek di atas lantai kayu pondok yang menjadi habitat mereka. Sambil tergolek itu kakinya dihentak-hentak kuat, mungkin menahan sakit yang tak terhitung peritnya. Sementara wanita yang mulanya kelihatan tenang tadi mula meracau-racau bagaikan ada tangan-tangan lain yang mengerjakan dia selain tangan nek Liv. Bagaimanapon, nek Liv tetap tenang. Maklumla dia profesional walaupon ni la kali pertama dia berdepan dengan keadaan huru hara begitu. Mulutnya terus terkumat-kamit membaca mentera-mentera untuk menghindarkan anasir-anasir jahat dan kuasa -kuasa gelap dari mengambil kesempatan atas situasi cemas itu. Dalam hati nek Liv dia berdoa semoga semuanya dipermudahkan dan dia meminta kepada Tuhan agar memelihara kesejahteraan wanita tersebut dari diserang demam panas atau sindrom meroyan selepas melahirkan.

Setelah beberapa ketika bergelut dengan suasana panik, akhirnya keluarla budak dari perut perempuan tersebut. Budaknya sihat dan berkulit putih. Cantik budaknya. Nek Liv tersenyum memandang bayi yang baru menyertai dunia itu sambil membersihkan kulit halusnya. Abah budak itu secara tiba-tiba dengan begitu pantas bangun dari tergolek, teros keluar dari bilik. Ntah ke mana dia pergi tidak la nek Liv tau dan tak amik port pon. Setelah bayi dibersihkan, nek Liv menyerahkan bayi itu kepada ibunya. Dengan senyuman yang nampaknya segar, wanita itu mengambil bayinya lalu teros menciom dahi anaknya yang putih melepak dan berkepala botak. Nek Liv membiarkan si ibu hanyut terpesona dengan waris yang baru dia lahirkan. 

Seperti biasa, nek Liv juga akan menguruskan uri bagi setiap kelahiran baru. Itulah yang mahu dia lakukan sewaktu dia ditegur oleh suami wanita itu yang tiba-tiba muncul dari mana tak tau.
"Tak payah buat tu, nek. Biar saya yang uruskan." 

Nek Liv merasa hairan. Tak pernah sekali ada sorang laki orang yang tak suroh dia uruskan uri lepas proses beranak. Malah, kebanyakan bapak-bapak tak endah langsong nak tolong kemaskan apa-apa. Boleh lagi relaks-relaks minom kopi sambil main carrom dengan kawan-kawan kat serambi rumah sementara menunggu bininya menyelesaikan pergelutan menyabung nyawa untuk melahirkan zuriat mereka. Namun begitu, nek Liv tidaklah mau bertanya mengapa, bagaimana, bila, di mana, siapa dan sebagainya. Dia menganggok saja. Dalam hatinya berkata, "buat la apa ko suka. Aku pon letih dah ni. Punya lama bini ko meneran tak kuar-kuar budak, ingat aku tak penat?"

Bila masing-masing dah mempersetujui permintaan lelaki tersebot, nek Liv pon bersiap-siaplah untuk pulang. Dia mengemaskan perkakasan perbidanannya. Tekaknya terasa haus namon tidaklah lelaki itu memberi secawan air panas sejuk pon kepadanya apalagi air milo panas dengan biskot meri. Tak pe la, balik nanti aku masak maggi, bisik nek Liv dalam hati. 


Sewaktu sibuk mengemas barang-barang, nek Liv terasa ada orang lalu di belakangnya. Dan apabila menoleh, alangkah hairan dan terperanjatnya Dukon Beranak yang berpengalaman lebih 30 tahun itu bila melihat wanita yang baru saja melahirkan budak itu berjalan selamba keluar dari bilik dengan memakai kain batik baru dan t-shirt putih sambil mendukung anaknya. Dia menunjukkan budak itu kepada suaminya dan mereka sama-sama kelihatan begitu bahagia dan gembira sekali. Si suami mencium anaknya kemudian dia mencium bininya pula. Dan mereka sama-sama berjalan ke serambi rumah, melihat bulan purnama yang mengambang penoh, memancar cahaya menerangi alam semesta kampong Yukon yang dipenuhi pohon-pohon besar dan tinggi.

Hati nek Liv merasa sungguh heran dan pelik melihat perangai suami isteri itu yang agak lain macam berbanding pasangan-pasangan yang pernah dibidannya sebelom ini. Tapi nek Liv bukanlah jenis makcik bawang. Walaupon dia heran, sikit pon dia tak sibok-sibok nak tanya ke hape. Dia biarkan je laki bini tu dengan dunia mereka. Yang penting kejenya dah siap dengan sempurna.

"Cu, nenek nak balik dah ni. Jamu dan ubat-ubatan tradisional nenek letakkan atas meja mekap. Guna dan makanlah ikot kaedah yang nenek tuliskan dalam kertas tu ye." Pesan nek Liv sambil membetulkan selendangnya. Pasangan itu tersenyum memandang nek Liv tanpa berkata apa-apa. Si isteri malah teros masuk ke dalam bilik semula dengan mendukung anak dipelukan. Manakala suaminya menemani nek Liv pulang.

Dalam perjalanan pulang, lelaki itu masih tetap tidak mengeluarkan suara. Cuma terbatok-batok tak sudah-sudah. Bagaimanapon nek Liv merasa lega kerana perjalanan pulang tidaklah mengambil masa yang lama seperti sewaktu perjalanan pergi.

"Terima kasih cu, teman nenek sampai rumah. Nanti nenek akan hantarkan lagi jamu dan ubat-ubatan untuk bini kamu gunakan selama berpantang." Lelaki itu tidak berkata apa-apa, hanya menganggok dan terbatuk kecil. Tiada pon dia menghulorkan walau satu sen haram kepada nek Liv. Nek Liv  pula bukanlah jenis meminta-minta. Kerana itu, tidaklah terselit sekelumit rasa marah dan kesal apalagi rasa sakit hati bila dilayan sebegitu oleh lelaki tersebut sewaktu dia menjalankan tugas merawat isterinya yang menghadapi kesukaran untuk beranak. Selama ni pon dia tak pernah mengenakan harga tetap bagi setiap perkhidmatan yang dia berikan kepada penduduk tempatan maupon peminat-peminat dari luar yang kagum dengan kebolehannya dalam ilmu perubatan tradisional. Beliau terima je dengan hati terbuka berapa pon yang pesakit hulurkan. Kadangkala dia dapat bayaran lumayan, cukop lumayan hingga mampu dia beli gelang emas setebal ibu jari dengan selamba secara cash, tapi banyak kala pula, cukop la sekadar nak beli topup sahaja.

Nek Liv meneroskan malamnya dengan berzikir selepas beliau membersihkan diri dan makan megi berulam milo panas seperti yang dihajatkan sewaktu dia membidan tadi. Sebelom matahari timbol dan ayam berkokok, terlelaplah nek Liv dengan nyenyaknya hinggalah matahari terbit di ufuk timor. 

Hari itu hari Sabtu. Johnny, cucunya yang duduk di bandar ada menghubunginya melalui aplikasi Whatsapp mengatakan yang dia akan datang bercoti selama seminggu di kampong Yukon. Johnny merupakan seorang penuntut ilmu kaji hayat di sebuah universiti terkemuka negara itu. Ada dia meluahkan hasrat hatinya kepada nek Liv untuk mempelajari ilmu tradisional dari nenek kesayangannya. Dengan bangga dan berbesar hati, semestinya tidak la nenek dia nak menolak, kan? Lagipon, nek Liv memang memerlukan golongan belia seperti Johnny untuk mewariskan bakat, ilmu dan petua-petua perubatan tradisional sebelum dia mengucapkan selamat tinggal kepada dunia yang fana ini. Sayangnya amat sedikit budak-budak muda yang berminat untuk menceburi bidang tersebot. Budak-budak sekarang ramai yang bercita-cita nak jadi artis sendu daripada memenuhkan dada dengan ilmu-ilmu. Mereka lebih lekakan alam maya dari berpijak di bumi nyata. Suroh bezakan daun pisang dengan daun kelapa pon sampai nak Google dulu baru dapat jawaban. Nek Liv tak berapa gemarkan aros permodenan yang sepatutnya meningkatkan kualiti intelek manusia terutama anak-anak muda tapi sayang, perkara sebaliknya pula yang banyak terjadi. Kadang-kadang nak je rasanya nek Liv jadi troll, sekolahkan budak-budak wechat, budak fb, budak ig semua tu bagi membuka minda mereka tapi hasrat itu nek Liv pendam sebab nek Liv dah tau benar, bercakap dengan orang kurang akai ni takkan ada sudahnya. Jadi, dari buang masa mentroll kan diri kat sosial media yang penoh dengan hipokrasi itu, ada baiknya nek Liv menggunakan kuasa internet untuk membantu pengajian dan research beliau dalam usaha menghasilkan  produk-produk alami yang dapat memberi manfaat bagi manusia sejagat.

Sambil menyediakan ramuan-ramuan jamu, nek Liv yang masih kelihatan jelita diusianya yang mencecah 60an itu berinterior monolog.


Johnny sampai sewaktu nek Liv sedang menyediakan ramuan untuk wanita yang tidakla diketahui namanya, yang baru beranak malam tadi. 

"Busy nampaknya nenek, dah lunch lom ni?" Tanya Johnny sambil meletakkan begnya di lantai, lalu dia duduk bersila di sebelah neneknya yang sedang menumbuk daun sirih untuk dicamporkan dengan ramuan lain buat wanita tak bernama itu.

"Ada orang beranak malam tadi. Ni petang ni nek nak kena anta jamu untuk dia. John teman nenek, ye nanti g rumah orang tu."
"Boleh... sape orangnya nek?"
"Hmm... entahlah. Lupa nenek nak tanya nama. Malam tadi macam pelik sikitla..." Nenek pon menceritakan apa yang terjadi secara tidak terperinci.
"Yelah, anak sulong la tu, masing-masing excited sampai kena panik attack agaknya. Pukul berapa kita nak g nek?"
"Dalam kul 3 karang. Lewat-lewat sangat nanti gelap lak."

"Jauh gak rumahnya nek. Kenapa kita tak naik kete nenek je?" Tanya Johnny sewaktu mereka dalam perjalanan ke rumah pasangan pelik berkenaan.
"Lesen nenek mati John, oi. Dah masuk 3 tahun dah. Malas nenek nak idopkan la lesen tu bukan ada pulis pon sini. Kalau ada pon banyak yang suka makan suap dari makan sop. So, nenek tak la cuak sangat. Lagipon tiap-tiap tahun nak berulang g JPJ tu penat la, nak amik nombo la beratur la. Patut kerajaan bubarkan je method ni tak praktikal langsong, nak idop-idopkan lesen tiap taun. Pe salahnya bagi lesen tu umo panjang sikit. Tak pon buat jela lesen tu tak mati-mati. Kan senang, macam kat Jerman tu. "
"Ha, betol tu nek. Tapi kenapa ye kita tak naik kete je. Kan saya boleh drive."
"Ntahla John... Malam tadi pon orang tu bawak nenek ikot jalan ni, jalan kaki je. Kalau kita naik kete pon susah, cu. Nak redah sungai sume ni camne, tak de jembatan."
"Oh ye tak ye gak."

Lama mereka berjalan tidak la sampai-sampai. Tapi nek Liv pasti itula jalannya yang dia ikot malam tadi. Dia mungkin dah tua tapi ingatannya masih baik. 
"Camne ni nek, dah dekat kul 5 setengah. Jap g gelap ni nek."
"Nenek sure sangat John. Depan tu la rumah tu. Tu sini... sini...meh ikot aku."
Tangan Johnny ditariknya. 
"Sini John. Pokok ni la nenek ingat sangat. Patutnya lepas pokok ni ada rumah pondok."
"Nek, kan tu pokok buloh je tu belakang pokok ni. Mana ada pondok nek."
"Malam tadi ada John... Betol, nenek sure sangat. Nenek lom nyanyok lagi."
"Saya tak cakap pon nenek nyanyok. Tapi mungkin malam tadi gelap, so jalan kita ikot ni tak betol. Kita sesat kot ni nek."
"Tidak. Kita tak sesat. Ko pon relaks la sikit. Ha meh sini, aku tunjuk. Ada anak sungai sana tu, tak caya jom." Johnny menurut. Dia tau neneknya bukan calang-calang punya orang. Otaknya bergeliga. Badannya sehat tak seperti wanita berusia 60an pon. Malah kalau duda-duda atau bujang terlajak tengok mesti dorang tergoda dengan karisma nek Liv. Mesti dorang ingat nek Liv tu awal 40an je bukan awal 60an. Itulah berkat mengamalkan pemakanan dan gaya hidop sehat.

Memang betol ada sungai kat ujong sana tu. Memang jalan tu jalan yang betol menuju ke rumah psaangan bahagia tersebot. Dan dah sampai pon sebenarnya tapi kenapa tapak rumah tu berganti dengan pokok buloh lak?😱😱😱

Bersambong di BAB 3


Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !